You don’t have to be big. You have to be remarkable

Satu Lagi Kes Budak Hilang

Assalamualaikum

Belum settle lagi kes adik  Nurul Nadirah Abdullah yg hilang, hari ni ada lgi budak yg hilang. Kali ni kisah budak lelaki plak yg hilang. Makin hari makin tak selamat aku rasa. Budak bleh hilang mcm tu je. Sometimes di bawah pengawasan pun still bleh hilang. Sigh**


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri kini tidak keruan apabila anak lelaki kesayangan mereka yang berusia tujuh tahun didapati hilang dipercayai selepas keluar dari rumah mereka di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini petang kelmarin.

Wan Hazim Wan Khaidir dilihat kali terakhir oleh ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, sedang mencuci tangan di sinki dapur rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Menurut Wan Nor Azma, pada waktu tersebut dia singgah di rumahnya itu bagi menghantar anak sulungnya yang baru pulang dari sekolah. 

Wanita tersebut bagaimanapun tidak berjumpa dengan anak kedua daripada tiga beradik itu sebaliknya hanya melihat budak itu dari dalam kereta sahaja.

“Saya hanya menyedari Hazim hilang pada pukul 6 petang selepas balik dari tempat kerja.

“Bila saya bertanya kepada pembantu rumah warga Indonesia, dia memberitahu anak saya tiada dan menyangka saya membawa Hazim keluar semasa pulang pada tengah hari tersebut,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.
 
Sumber: Kosmo Online.

P/S: Berita penuh kena beli Kosmo la...

0 Comment for "Satu Lagi Kes Budak Hilang"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top