You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kelab Rotary Malaysia di Giant

Assalamualaikum

Pertama-tama nk ucap terima kasih kepada blogger Cik WanieysCik LYNNdyabungaSweet Honesty dan Ayu atas sokongan untuk pergi interview tu. =) tapi apakan daya kaki tak sampai. Tak sampai la sgt kn? Sebab ada byk faktor yg menyebabkan kaki berat nak menapak ke sana. Itulah namanye VALUE of WORK.  

Ari Ahad lepas pergi cari barang sebab stok banyak da abis. So aku pergi ngan Lurviey kat Giant Taman Samudra. Sampai kat kaunter nk bayar baru je nak keluarkan beg shopping then dorang da sediakan beg hijau. Lepas tu baru perasan penuh dengan orang hijau di setiap kaunter pembayaran. Rupenye dorang ni dari Kelab Rotary Malaysia. Lepas ni tak yah la aku guna beg shopping aku lagi. Guna beg dorang bagi je la. 


Tadaaa.. Nasib sempat snap picture nih.. Sibuk duk bertweet sgt. Wahaha.. 


Nasib beli banyak barang. Dapat dua beg.


See ramai kan? Ok Lurviey da kt depan tolak troli and me berhenti snap gambar. 

Berita dari Kosmo Online.

Buat julung-julung kalinya, Kelab Rotary Malaysia bersama pasar raya Giant menyediakan sebanyak 135,000 beg pelbagai guna kepada pembeli bagi mendidik mereka mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Beg berkenaan disediakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah dapat dikurangkan.

Yang Dipertua Kelab Rotary Malaysia, Dr. S. Raveendra Kumar berkata, kempen itu diadakan secara serentak di 24 pasar raya Giant di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

"Matlamat kita adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar dengan menggunakan beg pelbagai guna ketika membeli-belah.

"Kempen ini amat penting bagi menyedarkan pengguna bahawa penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua dan ia perlu dimulakan daripada sekarang," katanya ketika melancarkan kempen itu di pasar raya Giant, Seksyen 13 di sini semalam.

As I know dari aku sekolah rendah lagi telah dididik mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Kenapa pentingnya menjaga alam sekitar. Bermacam-macam kempen untuk pelbagai peringkat usia telah dilaksanakan. Sudahnye alam sekitar masih jugak tercemar. Kenapa? Sebab sikap manusia sendiri yg tak tahu rasa malu buang sampah merata-rata. Tak pernah rasa malu buang sampah walaupun ada org ada disekeliling.



P/S: Malu nak jalan kalau ada member jenis buang sampah mcm tu je. Malunye aku!!!!







4 Comment for "Kelab Rotary Malaysia di Giant"

bertambah geram lgi yg buang sampah dari tingkap keta tgh2 jalan raya.. hangeeenn kannn...rasa nak bom jek..

Emo pulak ai ngn manusia pengotorr neyh..huhhh

lgi teruk bile ada org buang pampers baby merata2.. tmpt cntik terus jdi kotor

jgalah alam sekitar kita..hehe..ingt naniey prgi interview tadi ;-)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top