Special Offer

Author

Keluarga Iskandar Musim Pertama Episod 1-15

Assalamualaikum

Wahhh sejak ada Wi-Fi mood asyik duk tgk movie je. Membaca pun da letak tepi da skang ni. Grrr... Ada sesapa yang tengok Keluarga Iskandar yang ditayangkan di Astro Prima? Aku ketinggalan sikit la sebab bilik aku mana la ada Astro, TV pun tak de. Nasib ada full episode di YouTube. Seharian aku tgk Keluarga Iskandar dari episod 1 hingga 15. Tapi ada a few episode aku skip cuz aku da tgk kat rumah. 



Apa yang best sangat tentang Keluarga Iskandar ni? 

First aku memang hantu drama Melayu tapi lebih kepada cerita kekeluargaan and kekampungan. If citer pasal Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri and cintan cintun ni memang susah sikit la aku nak layan.

Aku suka buat movie analysis. Ni akibat daripada a few subject masa kat Uni yang memerlukan kami untuk buat movie analysis and apa probs and bla..bla..bla.. So utk Keluarga Iskandar ni subjek yg related dgn apa yang aku belajar is Family Counseling

Dlm Keluarga Iskandar ni ada Mak Jah, Along, Azman dan Kay(K.ngah), Azura dan Kamal, Alan dan Nor, Adibah, dan cucu-cucu Mak Jah (Malin,Om, Sal, Nia dan Iskandar). Drama ini juga memaparkan realiti dlm kehidupan kite.

Apa yang aku belajar dalam Keluarga Iskandar? Briefly.....

Setiap keluarga mempunyai culture and value yang tersendiri
Masa peringkat permulaan kite mengenali pasangan we learn new things and also learn how to adapt dengan kite punye personalities even kite rasa mcm susah je kite nk terima.

Bile da kawin we have to learn a lot of thing cuz cara kite membesar dan juga pasangan kite membesar adalah sangat BERBEZA. Cara didikan dan asuhan pun berbeza. Paling teruk bile suami isteri ada ego yang tinggi and berakhir dengan pertelingkahan. So kena la ada give and take


Antara babak yang best dlm movie ni
  • Alan tak nak naik pelamin tapi mak jah nk Alan naik pelamin sampai merajuk Mak Jah
  • Alan nak menyesuaikan diri dengan anak tirinya Jojo, yang sgt nakal and tidak dpt menerima dirinya as ayah tiri.
  • Kamal yang tidak berterus terang kepada Azura akan statusnya sebagai seorang penganggur.
  • Rumah Alan dan Nor yang tersangat kotor hingga Kamal mengambil keputusan untuk membersihkan toilet di rumah mereka.
  • Kay yang memaksa Azman mengambil IQ Test utk melihat siapakah yang bijak di sebabkan Om anak kandung mereka diturunkan kelas.
  • Kay dan Azman yg menyimpan rahsia daripada pengetahuan Sal yang merupakan anak mereka kerana Sal mengugut untuk lari dari rumah.
  • Mak Jah speaking london
  • Kamal mengambil hati Mak Jah. Bagaimana? Tengok la yer..
  • Adibah ketahuan dating dengan boyfriend. Si Along and Angah minta lelaki tersebut datang jumpa di rumah dan....
  • Macam-macam lagi dalam drama Keluarga Iskandar..

Kalau nak tengok boleh la tgk di [Youtube, Keluarga Iskandar]. Musim kedua akan menyusul. Tak sabar... Klik sini untuk melihat --> [Sinopsis Episod Drama Keluarga Iskandar]

Hari ni da berapa kali ulang alik ke toilet. Hidung buat hal. Dlm setahun mesti sekali kena selsema yang sangat teruk. Tepi2 hidung da mula kering, tekak mula perit, hilang deria bau untuk seketikaa, tenaga makin kurang. Allah baru je kasik sikit. Tapi rasanye sgtlah... Jadi bersyukur apabila kite diberi nikmat kesihatan dan tubuh badan yang sihat.


P/S: Manusia dikurnia dua biji mata, isteri ada 3 biji mata. :P 





10 Komentar untuk "Keluarga Iskandar Musim Pertama Episod 1-15"

akak suka ceta ni..yg watak adibah tue hiera hasan adik classmate akak dulu..dia ni mmg jenis yg banyak cakap

Ala kak M x layan la plak crita tu..

Nur suke tgk drama ni.. mmg santai habis lah..!

mmg mcm kehidupan harian kita je bila tgk..

tak pernah dpt tgk sbb slalu remote tv adik2 yg control. mcm best je citer ni. ada masa leh tgk kat youtube.

selsema ye nani? kalau selsema plg tak tahan mata & hidung berair. jgn lupa mkn ubat. get well soon. :)

mcm best je..boleh layan tgh cuti bosan2 cenggini..=D

pernah layan 2,3 kali je..hihihi...not bad cita ni..hye salam maal hijrah dr citrus..www.garapankenangan.blogspot.com

pernah tgk 2 kali mmg bgus jln cerityanie byk inputnya..kdg kitanie kna sedar bhwasanya harus ada perubahab tuk kebaikan dr masa ke semasa bukan maintain bnda yg sama sbb hidup dikelilingi org n keluarga..mcm mertua,menantu ipar smua kna seimbang..

mmg layan citer ni.best sgt.tp tu la skrg dh buang jauh2 astro..tak suka..

suka susan..tak puas hati direct je gtau..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top