Special Offer

Author

Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis

Assalamualaikum..

Berbuka di mana kalian hari ni? Di rumah atau di luar? Hari ni last day saya buka puasa kat rumah cuz esok dah balik KL. Baru je siap masak sambal tempe dan ikan bilis. One of my fav. Saja nak up entri jugak.. Update guna fon. Oh ya, teringat entri semalam pasal Nekbat and baca komen Nur dan Chic Na. Comey je komen kalian. Tak sempat lagi saya nak terjah komen kalian.

Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis


Bahan-bahan
  • 2 paket tempe ( dihiris nipis)
  • 6 sudu bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar
  • 7 sudu cili kering yang telah dikisar
  • Secubit garam
  • Sedikit gula

Cara-caranya
  • Goreng tempe yang telah dihiris nipis sehingga menjadi garing. ( Rangup baru best makan) Angkat letak tepi.
  • Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat letak tepi.
  • Tumiskan 6 sudu bawang dan 7 sudu cili kering sehingga pecah minyak.
  • Secubit garam dan juga sedikit gula.
  • Kalau nak pedas tumbuk cili padi dan tumis sekali.
  • Apabila sambal tadi dah masak elok, masukkan tempe dan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Gaul rata. Siap untuk dihidang.

Saya tau resepi ni senang tapi nak jugak up. Rasanya orang yang tak pandai masak pun tahu benda basic macam ni kan? Ok lah.. Tu je untuk hari ni.. Esok berbuka dengan Lurviey. InshaAllah.. Kek Lurviey request da siap tadi. Malam ni after berbuka ke KB hantar adik lelaki then balik buat keje, then packing. Sok tidur je la atas bas. Selamat Berbuka Puasa semua.

5 Komentar untuk "Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis"

Ho ho ho..sangat sedap ni nani. Rasa cam nak terbang pi rumah nani je makan ni dgn ns panas panas kan. ( sory la x malu ye)

rajin nani.. hari2 masak.. sedap jugak sambal ni cikna pun suka.. kadang2 tambah kentang @ tauhu.. ;)

sedapnyaaa...!

tahu tak, dekat sini susah bebeno nak cari tempe bulan puasa ni...

nur punyalah teringin nak masak tempe.huhuh

mcm best je , nk kna try neyh :) Nice sharing ^^

sdapnya nani..wahh slmt blk ke kl ;-)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top