Assalamualaikum...
ABC Exhausted | Affective, Behaviour & Cognitive betul betul penat hari ni. Benda yang sepatutnya mudah tak sampai lima minit boleh selesai membawa ke tiga jam. Mental jap. Apapun, Alhamdulillah selesai juga. Hari ni sepanjang hari hujan, dari pagi hingga ke petang.
Balik rumah solat Asar, prepare makanan Aqeel then terus keluar makan kat AbangMad Kitchen. Masing masing dah kelaparan.
Aqeel makan bubur dua benua. Bubur ayam goreng kunyit campur dengan bubur salmon buttermilk. Mommy intro salmon kat Aqeel tapi dia macam tak minat pula dengan buttermilk tu jadi mommy mix dengan bubur ayam goreng kunyit. Elok je makan sampai tak cukup. 😁
Naura balik sekolah tadi tunjuk best friend dia bagi buku sticker ni. Happy betul dia Naura Safiyya datang sekolah hari ni sebab almost 2 minggu juga rasanya bestie tak datang sekolah sebab warded. Sedih pula rasanya esok dan lusa last mereka bersama. Lepas ni masing masing bawa haluan sendiri.
P/S : Esok nak kena call KK sebab sepatutnya hari ni aku ada appointment tapi tak dapat pergi. Nak kena buat appointment baru.



1 Comment for "ABC Exhausted"
Kalau anak2 ammi kawan tadika mmg dorang lost contact terus unless masa sekolah rendah dorang sekali
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)