You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Chocolate Tart Mudah

Resepi Chocolate Tart Mudah | Buat Shell Tart Mudah

Assalamualaikum...

Masih ingat entri Resepi Cheese Tart Mudah.. Kalau tak ingat boleh klik sini atau terus ke Menu di atas klik RESEPI. Hari ni tentang chocolate tart. Sedap kalau kalian penggemar coklat and depend pada gred choc yang kalian guna. Lol


Yang penting kena buat tart shell dulu. Kalau malas nak buat boleh order dengan sapa-sapa yang jual tart shell je..(Utk  tempahan tart shell sekitar Pasir Puteh/Besut boleh whatsapp 0179656087 utk tempahan)

Resepi Tart Shell (dpt 40biji)
  • 170g majerin
  • 50g gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 290g tepung gandom
  • 1tsp esen vanilla

Cara-cara
  1. Pukul majerin & gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur & esen vanilla dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan dalam acuan tart bakar pada suhu 170'c selama 20-25 minit.

Note: Jika gula telur gred B buang sedikit putih telur untuk elak crust jadi keras.
Untuk doh yang baik dan sedap, simpan dalam peti ais semalaman, bungkus dengan plastic wrap.

Filing? Senang je.. Cairkan coklat dan isi dalam tart. Taburkan hirisan badam, atau nak letak smarties, buah-buah pun boleh. Ikut kreativiti dan tekak sendiri. Untuk cairkan coklat saya gunakan Chocolatiere Melting Pot. Memang mudah dan cepat. Tak payah nak cairkan coklat atas dapur dah..


Berminat untuk dapatkan Chocolatiere boleh terus ke Stylez Store House. (sold out)

Selamat Mencuba.. Jalan Pantai Baru hujan lebat, dapat makan kuih bakar panas-panas ni sedap. Fuhhh..
1 Comment for "Resepi Chocolate Tart Mudah"

selamat hari raya naniey. maaf zahir batin ddari ciksu
cr cr jumpa sini. hihi..peberet ciksu ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top