Special Offer

Author

Peniaga Online Wajib Daftar Perniagaan

Assalamualaikum..

Tajuk menarik akhbar KOSMO hari ini 'Jual Barang menerusi FACEBOOK Tanpa Daftar Di Haramkan'

KUALA LUMPUR – Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga. (Kredit: Kosmo Online)

Wajib daftar! Di ulang WAJIB DAFTAR. Sejak kebelakangan ni ramai sangat yang kena tipu terutama di group facebook.. Siapa tak tertarik dengan JUALAN MURAH yang kadang kala harganya tak masuk akal..

So daftar sekarang! Tak mahal pun. RM60 je untuk name trade dan RM30 untuk name sendiri. Kalau SERIUS nak berniaga lebih baik berniaga secara sihat dan sah di sisi undang-undang. Alasan leceh nak ke kaunter untuk daftar adalah sangat tidak boleh diterima. Kalau malas nak daftar dikaunter boleh register by online. Pilihan di tangan sendiri.

PENIAGA JUGA PERLU HATI-HATI DENGAN CUSTOMER YANG AMBIL KESEMPATAN UNTUK MENIPU. Bagi slip pembayaran palsu. Sekadar mengingatkan!

0 Komentar untuk "Peniaga Online Wajib Daftar Perniagaan"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top