You don’t have to be big. You have to be remarkable

Hati-Hati Bila Guna Botol Detox Citrus Zinger

Assalamualaikum...

Baru ada masa nak update. Nampak kan tajuk entri kat atas tu? Hati-hati bile guna botol detox Citrus Zinger! Dah kenapa pulak? Teruskan pembacaan kalian 

Kat bawah ni bukan...bukan...bukan botol detox citrus zinger. Citrus Zinger mendapat permintaan yang tinggi sama ada untuk belian runcit atau belian borong. Very phenomenal u ! My current fav detox water lemon + cucumber. Rasa sangat fresh gile bile dapat minum.



Botol detox Citrus Zinger macam kat bawah ni. Yang kat atas tu botol biasa je. 



Botol detox Citrus Zinger ni BPA FREE. So tak payah la risau kalau nak beli dan guna. Panduan nak guna pun ada dinyatakan siap dengan resepi infused water lagi dah tersedia untuk kalian yang baru nak try minum. Kenapa kena hati-hati? Sebab botol ni tak boleh nak lasak-lasak, dalam erti kata mudah jangan bagi jatuh!) Tapi ni tak tragis.. 

Yang kena hati-hati bile nak minum. Pastikan pegang penutup kat atas, bukan penutup kat bawah bahagian squeeze lemon tu. Kisahnye Lurviey nak minum air, then kebetulan masa tu first time guna, he suruh me bukak tapi time tu tengah duk kemas barang kat belakang kereta, kemudian tahu tahu je seluar dah basah, air dah habis tumpah. Ya Allah... Lurviey pergi bukak kat bawah. Apa lagi kan.. Menahan je telinga ni dengar Lurviey membebel. Rasanya saya dah tutup kemas dah. Mungkin tenaga lelaki kan.. Nak bukak penutup atas tapi pergi putar penutup bawah. Habis separuh air dalam botol tu. Sian Lurviey.. 

My Review
  • Senang nak gune jika banding dengan botol biasa sebab ada bahagian squeeze lemon tu. Jadi bile minum air tak de la sekali dengan lemon masuk dalam mulut. Bile habis air, just refill je balik. 
  • Senang nak cuci, boleh cabut bahagian squueze lemon tu.
  • BPA Free.. Jadi tak perlu risau nak guna.
  • Senang nak pegang.
  • Ada 3 warna yang menarik, pink hijau dan oren. 
  • Yang kurang best bagi saya adalah botol boleh muatkan 28oz je. So macam tak puas bile buat infused water tu. Sebab biasa saya gune botol besar. 
Detox Citrus Zinger Retail RM39 --> Beli kat sini 
Detox Citrus Zinger Borong RM16.80 (MOQ 12) --> Order kat sini


Sekian sahaja pengalaman dan review saya kali ini.


0 Comment for "Hati-Hati Bila Guna Botol Detox Citrus Zinger"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top