Special Offer

Berbaloikah Beli Treadmill, Kebaikan Dan Keburukan Berlari Di Atas Treadmill

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

One of my wishlist masa zaman uni dulu nak beli treadmill. Tahun 2011 wishlist ni dah dipadamkan dan ganti dengan yang baru home gym machine. Lengkap untuk lower and upper body workout. Wishlist ni masih ada sampai sekarang walaupun belum direalisasikan. Dahulukan yang penting dulu. So, hari ni saya nak kongsi kebaikan dan keburukan mengenai TREADMILL. Bagus untuk yang tengah fikir-fikir nak beli treadmill. 


Harga treadmill ni ada yang murah dan ada yang mahal. Murah pun atas ribu-ribu la. Yang ratus pun ada tapi function untuk lari-lari biasa je, [mini portable foldable treadmill]. Lagi mahal treadmill lagi woow la function. Sambil berlari pun boleh tengok video. Berbaloikah mengeluarkan duit untuk beli treadmill? Adalah lebih baik untuk berlari di atas treadmill atau di jalan? Bergantung kepada matlamat, kesihatan dan keutamaan anda! Jemput baca tiga kebaikan dan keburukan treadmill.

Tahap Kesukaran Yang Sama
Salah satu persoalan yang sering timbul sama iaitu tahap kesukaran. Adakah tahap kesukaran berlari di atas jalan lebih sukar daripada berlari di atas treadmill? Jawapannya, SAMA. Tahap kesukaran berlari di atas treadmill dan di jalan adalah sama. Namun, kajian membuktikan bahawa menetapkan 1% incline dengan tepat akan membuatkan tenaga sama seperti berlari di jalan (outdoor). Ianya berkesan selagi anda menambah sedikit incline.

Lebih Mudah Untuk Sendi Anda. 
Permukaan treadmill yang smooth berbanding berlari di atas jalan atas permukaan yang keras dan bersimen membantu mengurangkan kesan ke atas sendi dan badan anda secara keseluruhannya. Ianya sangat membantu terutama bagi mereka yang baru baik dari kecederaan. Anda boleh mulakan exercise dengan treadmill sebelum kembali semula pada rutin anda berlari di jalan (outdoor)

Anda Boleh Ubah Persekitaran 
Kebanyakan treadmill membolehkan anda untuk menetapkan course anda sendiri di mana anda boleh switch up your workout dengan memilih trail anda sendiri bergantung kepada pilihan yang ada. Selain itu, anda tak perlu nak risau dengan cuaca, suhu, bile berlari atas treadmill. Senangkan? 
Anda Boleh Hilang Ketangkasan 
Walaupun treadmill bagus untuk sendi anda, tetapi anda tidak akan mendapat manfaat yang lebih seperti berlari di atas jalan (outdoor). Walaupun anda berlari di atas jalan yang rata namun impaknya adalah berbeza. Oleh itu otot kaki dan betis anda akan sentiasa melakukan penyesuaian mengikut permukaan trail yang berubah-ubah. Ianya bagus untuk koordinasi dan keseimbangan dan membantu meningkatkan keupayaan anda untuk melakukan rutin anda setiap hari berbanding dengan berlari di atas treadmill.

Tidak Membantu Otot Anda 
Disebabkan treadmill menggunakan kuasa mesin, maka fungsi otot yang bekerja adalah berbeza. Berlari di luar melibatkan urat keting anda untuk melangkah, mengangkat kaki di atas permukaan yang rata tetapi berbeza. Tetapi di atas treadmill, belt yang banyak membantu anda untuk bergerak dan hanya menggunakan quads anda sahaja untuk bergerak tetapi urat keting anda tidak bekerja sepenuhnya seperti berlari di luar. 

MEMBOSANKAN!!
Membosankan? Membosankan sebab berlari kat atas treadmill tak sama macam berlari kat atas jalan. Di atas jalan sambil berlari boleh dapat menikmati suasana kat taman dan bagus untuk otot kaki dan lebih mencabar. Tetapi berlari atas treadmill seperti berlari satu tempat sambil menonton video kesukaan anda.

My random thought
Cancel beli treadmill!!  Lol.. For me tak berbaloi untuk keluarkan duit untuk beli treadmill for personal use tapi if untuk bukak fitness centre ok lah. Dari kebaikan dan keburukan yang dinyatakan di atas yang di petik dari [Health] for me berlari di luar lebih baik compare di atas treadmill walaupun nampak macam gah je berlari atas treadmill. Sambil hirup udara segar, especially waktu pagi bagus jugak untuk otot kaki. Tapi time hujan boleh pilih untuk exercise atas treadmill kat fitness centre if nak exercise. Saya lebih prefer exercise kat rumah. NO GYM NO PROBLEM sebab nak exercise macam-macam cara boleh. Tak semestinya perlu ke gym baru semangat. Kecuali memang betul-betul serious nak fitness coaching boleh bayar and dapatkan trainer.


Lame tak jogging. Lurviey busy! Grrr



7 Komentar untuk "Berbaloikah Beli Treadmill, Kebaikan Dan Keburukan Berlari Di Atas Treadmill"

Tetap rasa berlari dkt luar lg best berbnding guna treadmill..treak yg best, view, udara..cuma kalau x rjin keluar, segan ke apa mmg lg ok la guna treadmill..

Hi tiba-tiba ternampak post ni, macam best je sebab sekarang tengah semangat jogging.

Kalau ikutkan point2 tu, nampak macam jogging lagi bagus kan. So jom jogging! :)

Kan.... Tapak menapak atas tanah rata tapi tekanan yg dirase tu berbeza :)

dulu ayah sy akk beli treadmill.. sumpah mmg bosan.. last2 semua pon pegi jogging kat padang je, hehe~

Pernah sekali dua je guna treadmill. tp mmg lagi best jogging kat luar..
cumanya bagi mak2 yang ada anak kecik, selalu balik kje lambat, takde masa nak keluar jogging..treadmill mmg sgt convenient lah utk konsisten bt workout

Berdasarkan pengalaman sendiri berlari kat luar lagi penat sebab bukan kaki je badan sume gerak actually berbanding dgn treadmill, tp both exercise pon bagus utk kesihatan dan hilangkan rasa depression :)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top