Assalamualaikum...
Mencuba Mixue Coffee Series | Tadi saje scroll food panda nak beli coffee kat We Drink tapi tak de voucher then nampak kat Mixue ada voucher RM10 jadi terus aku order kat Mixue dan cuba coffee series yang aku tak dapat beli tempoh hari sebab sold out.
Cantik pula thermal bag Mixue ni. Aku order 4 coffee dan satu lemon ais. Total RM21 sahaja include tips untuk rider. Murah la kan?
Toffee Hazelnut Latte ni aku belum cuba lagi. Esok aku update rasanya.
Ice latte ni sedap dan inshaAllah aku akan repeat lagi next time. Walaupun normal sugar tetap terasa 'kerasnya' rasa kopi Mixue ni. Rasa macam dark roasted bean dia.
Brown sugar latte ni pun sedap. 'Keras' juga rasanya. Next time boleh try tapi order less sugar atau no sugar.
Aku order ikut recommendation kat food panda. Coffee memang sedap tak macam latte kat Ai Cha. Sangat plain rasanya. Tak rasa coffee sangat. Lebih susu dan aku memang tak kan beli coffee kat Ai Cha sebab tak sedap.
Sekarang kurang rajin nak 'brew' coffee sendiri. Moka Pot aku pun lama tak 'di usik'. [ Buat Kopi Latte Ala Cafe Dengan Moka Pot ]
Tag :
food,
naniey dan kopi





0 Comment for "Mencuba Mixue Coffee Series "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)