You don’t have to be big. You have to be remarkable

Harga Numb Cream Dan Cara Pakai Numb Cream


Harga Numb Cream | Cara Pakai Numb Cream | Pantang Larang Pakai Numb Cream



Assalamualaikum

Dermarolling menyakitkan? Iye memang sakit jika kalian tak boleh tolerate dengan pain dan juga wajib pakai numb cream sekiranya anda menggunakan saiz jarum 1.5mm dan ke atas. Numb cream yang biasanya digunakan adalah EMLA dan LIDOCAIN. Dan bukan semua orang boleh pakai numb cream ni dan bagi kalian yang ingin DIY di rumah baca dan fahami apa pantang larangnya dan cara nak pakai macam mane.


Cara Guna Dan Pakai Numb Cream

  1. Bersihkan wajah anda dan bilas
  2. Lap wajah anda hingga kering
  3. Prosedur dermarolling hanya memerlukan sedikit sahaja numb cream
  4. Gunakan gloves untuk meletakkan numbing cream di tangan anda (untuk elakkan daripada tangan anda juga kebas dan menganggu prosedur dermarolling
  5. Sapu secara menipis di wajah anda
  6. Biarkan selama 15-20 minit (tidak lebih daripada 30 minit)
  7. Jangan biarkan numb cream di wajah lebih daripada 1 jam.
  8. MESTI sapu krim terlebih dahulu dengan kain lembap sebelum memulakan prosedur dermarolling.Ini untuk mengelakkan daripada numb cream masuk ke dalam microchannels (hasil dermarolling) dan menyebabkan kesan sampingan. 

Info Penting Sebelum Menggunakan Numb Cream

JANGAN GUNAKAN Numb Cream

  • Jika anda menyusukan bayi, mengandung atau merancang untuk mengandung
  • Jika anda alergik pada makanan, ubat-ubatan
  • Jika anda ada alergik terhadap anesthethic seperti ruam, pening-pening, susah bernafas
  • Jika anda ada masalah jantung, buah pinggang
  • Jika anda sedang sakit
Harga numb cream Emla adalah RM209 untuk 30G dan untuk 5G lebih kurang RM40++ 
Harga numb cream Lidocain adalah RM98 untuk 38G

Di mana nak dapatkan numb cream ni? Numb cream boleh beli di farmasi tapi tak semua farmasi ada.



5 Comment for "Harga Numb Cream Dan Cara Pakai Numb Cream "

Salam sis. Nak tanya boleh😊Sis pernah dgr ke numb cream brand anasica jelly? Yg tu okay ke?

Wsalam.. Tak pernah dengar.. Kalau beli kat farmasi kena tanye pharmacist ok ke tak.Biasanya kalau % sikit tak berapa kebas. Contoh mcm yg sy beli kat farmasi 2% x rase kebas langsung sebab masih rase sakit mase rolling walaupun pakai dah 1 jam. Kalau yg 35% pakai 25-35 minit dah total kebas.

Ouh mcm tu ye sis kalau nak tahu kebas@tak kene tgok % dia. Okay terima kasih sis ye sis.

Assalam sis, kalau saya nak beli derma pen tu.... Selamat ke nak buat sendiri? Untuk parut berlubamg tu macam mana nak agak jarum tu kena betul2 lubangnya?

@Effa - Wasalam. Ye boleh buat sendiri kt rumah :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top