Special Offer

Author

Resepi Beef Lasagna Menggunakan Roti (VIDEO)

Resepi Beef Lasagna Mudah | Resepi Lasagna Guna Roti | Cara Mudah Buat Lasagna | Cara Buat Lasagna Step By Step | Resepi Lasagna Mudah Dan Sedap 


Assalamualaikum


Belum puas rasanye cuti dua minggu dengan plan hiking dengan adik-adik terpaksa batal atas sebab kekangan masa. InshaAllah hujung bulan depan plak balik. Cuti dua minggu lepas sempat la cuba buat lasagna menggunakan roti. Memang mudah je nak buat. Sedap dan kenyang!



 Bahan-bahan
  1. Roti gardenia 1 bungkus
  2. Telur 6 biji (bergantung kepada saiz loyang dan juga roti banyak mane yang kalian guna)
  3. Sos Prego Mushroom
  4. Cheddar Cheese
  5. Daging Cincang 1 bungkus
  6. Bawang besar dan Bawang Putih cincang

Cara-caranya 
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  • Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak
  • Kemudian masukkan sos prego mushroom dan gaulkan. Siap!
  • Pecahkan dan pukul telur.
  • Celup roti dan susunkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega/marjerin
  • Kemudian lapiskan dengan sos daging tadi dan taburkan cheese.
  • Lapiskan lagi dengan roti, sos daging dan cheese.
  • Kemudian bakar selama 40 minit (api atas bawah)
  • Siap di makan!


 

Next time kite cuba original recipe plak gune pasta. Sapa suke cheese letak la banyak-banyak cheese... Saya memang suke cheeese.. Habis cheese mama saya guna.


Tag : resepi
1 Komentar untuk "Resepi Beef Lasagna Menggunakan Roti (VIDEO) "

Wah thank u resepi. Nampak sedap. ♥

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top