You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tips Mengecilkan Perut Dan Melangsingkan Badan Dengan Jamu Homemade


Cara Buat Jamu Sendiri | Homemade Jamu | Tips Kecilkan Perut | Tips Hilangkan Perut Buncit | Khasiat Jamu Asam Kunyit | Cara Buat Jamu Kunyit | Cara Buat Jamu Asam Kunyit | Jamu Untuk Kulit Cantik


Assalamualaikum



Cantik cantik dengan jamu homemade. Sebut jamu mesti terbayang pahitnye jamu. Ada yang tak sanggup nak telan. Tapi jamu ni tak pahit pun. Sedap dan sedap dan memang sedap. Tak payah pun. Buat sendiri je. Jamu asam kunyit. Banyak khasiat dan murah dan mudah nak buat. 
 

Khasiat Jamu Asam Kunyit 
  • Detoksifikasi
  • Mengawal berat badan 
  • Mengatasi jangkitan bakteria dan menyembuhkan luka
  • Mengurangkan kadar lemak dalam tubuh
  • Melambatkan proses penuaan
  • Melancarkan peredaran darah ketika haid
  • Mengatasi bau badan

Cara Buat Jamu Asam Kunyit 

Bahan-Bahan
  • Kunyit dalam 2 ruas (ukuran jari kelingking)
  • Asam Jawa 1 sudu besar 
  • Gula melaka 100g 
  • Air 3 cawan 
  • Sedikit garam
Cara-caranya
  1. Parut kunyit.
  2. Kemudian campurkan kunyit yang telah di parut, asam jawa, gula melaka ke dalam air 3 cawan.
  3. Biarkan hingga mendidih. Siap!
  4. Boleh minum suam-suam atau sejukkan dalam fridge.
  5. Rasenye sedap dan menyegarkan. 
Fresh je bile letak dalam fridge. Saya bukan suka minum air sejuk tapi bile jamu ni letak dalam peti and minum lepas subuh rasanya wow sangat! Alhamdulillah. Selamat mencuba. Memang tak menyesal cuba tau!

0 Comment for "Tips Mengecilkan Perut Dan Melangsingkan Badan Dengan Jamu Homemade "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top