You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buat Jamu Cantik Cantik Lagi

Cara Buat Jamu Sendiri | Homemade Jamu | Tips Kecilkan Perut | Tips Hilangkan Perut Buncit | Khasiat Jamu Asam Kunyit | Cara Buat Jamu Kunyit | Cara Buat Jamu Asam Kunyit | Jamu Untuk Kulit Cantik


Assalamualaikum

Bangun bukak FB tengok sikit apa yang happen dengan Bersih, geng baju merah, geng baju kuning. Emm.. Tak de plak naik kat TL saya. Abaikan! Ada geng nighties kat sini? Lol. Hujung minggu untuk homebody macam saya lebih best duk bilik buat keje-keje yang patut daripada keluar habiskan duit, tenaga, masa dan tak bertujuan. Lol! Keluar bile ada keje dan tujuan sahaja.

Minggu ni nak topup jamu yang dah habis. Jadi ketagih pulak. Yang best tentang jamu ni bile minum badan rase bertenaga. A few weeks ni memang malas nak workout.Jadi badan kurang fit so bile tak makan pagi then keluar ke PJ dengan perut kosong minum jamu ni je dah cukup. Dua tiga teguk je dah rase ok. Alhamdulillah. Perut pun jadi kenyang. Hehe. Agak tak ok bile perut kenyang sebab saya nak gain 2-3 kilo lagi. Memang super kenyang. Saya minum jamu jam 11 pagi, pukul 5.45 baru lunch. Tu pun makan secara paksa. Sebab malam nak makan benda lain pulak. Sesuai sangat la orang nak kuruskan badan sebab mengenyangkan plus jamu ni boleh buat sendiri je.. Oh ye lagi satu mase saya selsema, saya minum jamu ni, Alhamdulillah sekejap je dah hilang. Biasanya kalau selsema saya minum 100plus. Last option baru makan ubat.. Lepas ni boleh minum jamu je la kan. Erk..

Boleh la sesapa nak cuba buat jamu boleh buat sendiri je. Boleh tambah lain-lain bahan seperti halia, manjakani, ikut preference tersendiri. Rumet saya ada manjakani tapi tak pasti nak campur ke tak.. Sesi nak menguningkan tangan sekejap lagi. Have a great weekend peeps!



0 Comment for "Buat Jamu Cantik Cantik Lagi "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top