Special Offer

Kak Yah Nasi Kerabu Taman Setapak Indah

Kak Yah Nasi Kerabu Taman Setapak Indah | Tempat Makan Murah Area Taman Setapak Indah | Tempat Makan Area Danau Kota | Santai Makan


Assalamualaikum 

Semalam sebelum balik Bangsar nak cari Popia Basah Omar KK tapi tak de pulak semalam. Jadi singgah beli rojak je la then nampak Nasi Dagang ada jual kat Kak Yah Nasi Kerabu ni.. Ya Allah, lamenya tak makan nasi dagang. Teringin sangat sangat nasi dagang susah betul nak cari kecuali pergi pasar malam. Saya bukan jenis kaki pergi pasar malam kecuali kalau pergi pun dengan Lurviey. Baru je cakap-cakap dengan rumet nak makan nasi dagang. Lurviey tanya nak tak? Memang nak la makan nasi dagang.


Excited la saya ni nak makan nasi kerabu sampai bilik terus nak makan nasi dagang dulu. Rojak malam nanti la baru makan. Buka-buka je nasi kerabu. Terus whatsapp Lurviey tanya tapaukan nasi dagang or nasi kerabu. Rupenya nasi dagang dah habis. Fuhhh kecewa gile.. Tapi tak pe lah. Makan je la nasi kerabu ni walaupun tak suke. Ni kali ketiga saya makan nasi kerabu sepanjang hidup saya. Walaupun orang kelantan saya tak berapa suke nasi kerabu tapi Lurviey suka. Syukur Alhamdulillah walaupun tak suke, itu rezeki. Kena makan dan bersyukur. Kalau pulut durian emmm memang tak makan langsung la sebab tak leh telan. Lol.. 


Rojak pak cik ni pun sedap. Kat area sini memang banyak gerai-gerai yang jual makanan. Meriah, suka tengok. Kalau rojak ada pak cik ni je. Cendol die sedap, rojak die pun sedap. Area orang jual-jual ni kat Taman Setapak Indah dekat dengan Danau Kota.


2 Komentar untuk "Kak Yah Nasi Kerabu Taman Setapak Indah "

uit! knapa tak suka kak?? padahal akak mkn sayur kan.. kebanyakan org yg husna jumpa tak makan nasi kerabu sbb sayur dya yg bnyak gila tu.. hahahhaa.. utk husna, ini feveret sepanjang zaman.. hihihi.. sedappp!

husna: Hehe... Sebab tak berkuah.. Suka makan kuah banjir.. Nasi kerabu kering.. :)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top