You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Ayam Goreng Kunyit Tepi Menara TM Bangsar

Nasi Ayam Goreng Kunyit Tepi Menara TM Bangsar | Makan Makan RNC | Makanan Murah Area Bangsar


Assalamualaikum

Alhamdulillah settle keje hari ni dan kena fikir nak makan apa lunch hari ini. Nak ke Giant cari barang nak masak tak berapa rajin sebab balik nak settlekan keje lain dan juga discussion.  Dah lame tengok lori jual Ayam Goreng Kunyit ni kat area Menara TM. Dekat dengan Balai Polis Pantai. Jadi hari ni sebab tak de orang saya singgah la. Ada satu lagi lori kat bahagian belakang sane dekat dengan Bangunan R&D UM. Kat situ memang ramai sangat orang. Hari ni tak meniaga kot sebab tak de.
Dengan RM5 nasi putih, ayam goreng kunyit, kuah gulai kelate, ikan masin, sambal cili kicik dan percuma air.
Saya tak ambil air percuma dan juga tak ambil sambal sebab memang tak makan sambal. Saya mintak extra 1 bungkus kuah gulai sebab saya tak suka makan nasi tak berkuah.
Fuh.. Ikan masin ni memang kaww masin die. Dah gatal dah hidung ni. Saje nak test sebenarnya jadi gatal ke tak and naik jerawat tak esok. Lol..
Syukur Alhamdulillah kenyang. Puas hati sebab kuah gulai die sedap dan tak cair. InshaAllah nanti boleh beli lagi. Sebelum singgah beli ni whatsapp Huda tanya kat kedai area office saya kerja dulu tu masih kedai yang same ke. Huda cakap masih kedai yang same. Nanti nak singgah la next time beli nasi dengan tomyam tempat saya selalu beli mase keje dulu.


0 Comment for "Nasi Ayam Goreng Kunyit Tepi Menara TM Bangsar "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top