You don’t have to be big. You have to be remarkable

Unboxing Demo & Review Multifunction Led Light Therapy

Unboxing Demo & Review  Multifunction Led Light Therapy | Multifunction Light Therapy Malaysia | Rawatan LED Light Therapy Malaysia | LED Light Therapy For Skin Rejuvenation | Led Light Therapy How Does It Work


Assalamualaikum

It's Fri-yay! Tak yay mane pun sebab badan masih belum sihat total. Plan nak pergi CIMB pepagi buta kononnya terpaksa cancel sebab badan tak sihat. Non stop bersin. Tak pe lah. Pergi next week on Monday.  Entri kali ni nak review mengenai LED Light Therapy. Actually ada 3 jenis LED Therapy nanti saya buat satu entri perbandingan untuk Multifunction LED Light Therapy, Portable LED Light Therapy dan LED Face Mask Therapy


Multifunction Light Therapy untuk personal use/mobile spa.

  • Sesuai untuk mengurangkan jerawat, kemerahan, keradangan, garis halus, anti aging, kedutan, mengecilkan liang roma, menghilangkan jeragat, bintik hitam, parut, menegangkan kulit dan meningkatkan skin elasticity.

Setiap LED mempunyai fungsi tertentu :

  •   Merah- merawat masalah kulit berkedut dan meningkatkan regenerasi kolagen dan skin elasticity.
  •   Hijau- merawat kulit berjeragat dan tompok coklat dan mencegah penghasilan melanin.
  •   Biru- Merawat jerawat dan kulit berminyak
  •   Kuning- Mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit kusam dan bintik-bintik hitam.
  •   Pink- Digunakan untuk memutihkan kulit.
  •   Flashing Pink untuk penyerapan produk dengan lebih berkesan

Review

  1. Portable dan wireless (kena charge dan boleh gune lepas tu kat mane-mane je) sambil tengok tv boleh, sambil 
  2. Affordable price, RM330. Boleh gune tiap-tiap hari. Kalau pergi buat treatment kat spa pun sekali buat kena bayar RMXXX.
  3. Tak sakit, tak de downtime, tak panas. Boleh pilih warna led ikut nak treat masalah apa. Dan ada vibrate mode untuk penyerapan product dengan lebih berkesan, tingkatkan skin elasticity.
  4. Boleh adjust level brightness. Boleh refer video kat bawah ni.
  5. Dalam video ni saya gune Red Light dengan Blue Light. Utk blue light tu kebetulan mase tu memang tengah ada seketul jerawat baru tumbuh saya test la. Next day bangun dah mengecut sudah jerawat tu. Cepat! Sebab saya tak gune apa-apa produk hanya letak moisturizer je. 
  6. Kalau gune LED Light Therapy ni tak boleh gune apa-apa produk yang mengandungi Vitamin A sebab ia akan menghalang cahaya masuk ke dalam kulit tu. Jadi sia-sia je buat treatment ni tau. 
  7. Kena rajin buat if nak nampak keberkesanan produk. 

Recommend? Yes/No

 
Mostly yang gune LED Light Therapy ni untuk anti aging purpose (red light).  FYI, LED Light therapy ni tidak menghilangkan parut berlubang. So jangan purchase kalau tujuan utama untuk buang parut lubang. Ada 3 jenis treatment untuk parut lubang iaitu laser, microneedling dan microdermabrasion. Kalau nak buat sendiri kat rumah microneedling. Laser kat klinik je tau. Microdermabrasion pulak ada banyak jenis dah sekarang so depend la jenis macam mane yang kalian beli. Ok!

Till then jumpa next entri. Thank you. Have a great Friday!!

0 Comment for "Unboxing Demo & Review Multifunction Led Light Therapy "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top