Kek Murah Dan Sedap Kedai Kek Batu Caves

Kek Murah Dan Sedap Kedai Kek Batu Caves | Kedai Kek Batu Caves | Tempahan Kek Batu Caves

Assalamualaikum 

Sapa penggemar kek boleh dan tinggal sekitar Batu Caves jangan skip entri ni. Baca tau ! Aku baru ada masa nak kongsi dengan korang ni pasal kewujudan kedai kek yang sedap dan inshaAllah mampu milik. Aku craving kek dah lama tapi nak buat kek sukar sikit bagi aku sebab yang pertama adalah nak cari kedai bakery yang ada jual bahan bahan buat kek . Kalau kat kampung aku tahu la mana tempat best nak cari bahan buat kek. Tapi sekarang aku dah tau dah kat mana nak cari barang buat kek sebab Cik Fardil (pakcik) ada bagitau. Hehe.. Cuma masih kurang rajin lagi ni. 



Bila keinginan membuak buak nak makan kek, maka aku pun taip kat facebook kedai kek area Batu Caves dan terus naik  Kedai Kek Batu Caves. Wow. Bijak sangat owner pilih nama kedai dia tau. Sangat general dan bila orang taip terus naik nama kedai dia la dulu. Lepas tu aku scroll tengok harga dan jenis kek yang ada serta benda yang paling penting adalah baca review daripada pelanggan yang pernah makan kek. Alhamdulillah semua yang baik baik je komen dorang. Semua kata sedap. Chocolate Indulgence pun ada tau. Sedap macam Secret Recipe kata dorang . Fave aku tu ! ½kg RM38 je

Aku selagi tak dapat apa yang aku nak memang aku sebut sebut sepanjang masa. Lurviey ajak keluar cari barang dan pergi kedai kek tu. Yay. Tapi masa singgah tu kek Chocolate Indulgence dah habis. Alahai dah pening kepala aku nak beli kek mana pula. Kemudian, aku decide nak beli #kekviral RM20. Aku ambil Choco Creme sebab dalam tu kek coklat. Kalau yang lain tu yang biasa je. APA BEZA KEK RM20 DAN RM38? Kata pekerjanya tadi, RM20 tu kek sponge dan RM38 tu butter. 

Ni la kek viral Choco Creme yang aku beli tu. Sumpah sedap!

Review Kedai Kek Batu Caves 

  1. Untuk harga RM20 dan rasa yang sedap macam tekak aku rasa memang Alhamdulillah dan puas hati sangat. Sesuai untuk korang yang kurang bajet nak beli kek yang mahal mahal tu. 
  2. Rasa sangat sedap. Tak sangka pulak rasa dia sedap macam tu. Sebiji kek dengan harga RM20 rasa macam kek yang mahal. Tapi tak boleh la compare dengan kek yang mahal sebab kek yang mahal biasanya bahan yang digunakan tu premium sebab tu harga pun mahal. Kenapa perlu bayar lebih kalau korang boleh dapatkan harga yang murah tapi rasa macam makan yang mahal. Betul tak? 
  3. Setakat hari ni aku dah beli 4 biji kek yang sama dan semua kek ni aku makan sorang tau. Lurviey memang tak makan sebab tak berapa suka kek coklat. 
  4. Selain kek viral RM20 ni terdapat pelbagai aneka pilihan kek. Nak kek kartun, nak cupcakes, kek buah, kek red velvet semua ada. 
  5. Cuma satu je yang aku kurang ok kat Kedai Kek Batu Caves ni. Daripada segi pembayaran. Tak de terminal untuk debit card. Kena bayar cash or telegraphic transfer. Bukan apa, sebab kadang kadang masa datang cash tak cukup, jadi bila nak bayar guna kad tak boleh. 



Kedai Kek Batu Caves , aku memang highly recommend sangat those yang ada area Batu Caves ni nak cari kek yang sedap boleh la cari kat sini. Nak tempah kek pun boleh tapi 5 hari sebelum tarikh korang nak tu.

Kedai Kek Batu Caves buka setiap hari tau. Dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam 
 
📍 LOKASI:
No.597, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor
..
❓ TEMPAHAN & PERTANYAAN
 
Sekian review ikhlas dari seorang #cakelover . Cake lover ke kalau suka kek coklat dan kek cheese je. Till then, see u next post. Share la utk kebaikan bersama..

 

1 Komentar untuk "Kek Murah Dan Sedap Kedai Kek Batu Caves "
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
Back To Top