Kicap Manis Pedas Mahsuri

 Assalamualaikum.. 

Kicap Manis Pedas Mahsuri | Kalau makan ikan bakar biasanya mesti ada kicap cili api atau air asam. Hari ni buat ikan cencaru bakar untuk aku dan Lurviey dan sup ikan merah untuk Naura.

Kicap Manis Pedas Mahsuri ni aku beli kat Eco je ni RM2.10. Botol kecil je 145ml dan sesuai sangat untuk travel (bagi mereka yang gemarkan kicap dan tak boleh hidup tanpa kicap) dan tak perlu risau pecah sebab botolnya diperbuat daripada plastik. Rasanya manis pedas dan pedasnya boleh tahan pedas juga. Cuma aku tak berapa suka rasa manis kicap ni. Repurchase? Of course la sebab memang ok je rasanya cuma manis dia tu je aku tak berapa suka. Aku biasanya makan Enaq Sambal Kicap tapi sekarang tempat aku ni macam susah sangat nak jumpa.

Kalau buat ikan bakar aku prefer cicah dengan air asam. Ni pun baru boleh makan. Start aku pregnant sampai Naura umur setahun enam bulan aku tak boleh bau dan tengok air asam. Sebut pun tak boleh sebab aku rasa nak muntah. Now dah boleh makan dah air asam. Makan perut air asam pun sedap juga tapi susah la nak jumpa kat sini perut muda. Kena masuk pasar borong la baru jumpa. Korang lunch apa hari ni?


3 Komentar untuk "Kicap Manis Pedas Mahsuri "

lamanyaa tak makan air asam dan ikan bakar

pernah nampak kicap ni kat kedai Eco,. X pernah cuba nak beli..nak cuba la mana tau sedap kan...perah limau nipis sekali kan..mesti sedap...

glemer brand mahsuri sekarang.sedap gak kicap ni

Back To Top