Once you choose hope, anything's possible

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum.. 

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Dan Sedap | Sedap ke? InshaAllah sedap kat tekak aku dan tekak Lurviey. Lurviey jenis cerewet sikit bab makan tapi kalau dia puji memang sedap la tu. Mana tak cerewet, MIL seorang yang pandai masak so expectation dia mestilah masakan aku pun kena sedap juga. 

Bahan Bahan 

  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia 
  • Kunyit
  • Buah Keras 
  • Serai
  • Cili Giling
  • Asam Jawa
  • Tomato
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Bendi
  • Ikan Pari  
  • Sedikit minyak
  • Sedikit Air

Cara Caranya 

  1. Blend bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, buah keras. 
  2. Tumiskan bahan blend dan kemudian masukkan cili giling dan serai
  3. Setelah naik minyak boleh masukkan air asam jawa. 
  4. Kemudian masukkan ikan pari dan bendi. Tambah air jika perlu.
  5. Setelah mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum dan tomato
  6. Masukkan sedikit garam atau gula jika perlu (pandai pandai adjust sampai dapat rasa yang korang nak -biasa kalau cili giling aku terlalu pedas aku letak sikit gula.)
  7. Dah siap !

Makan dengan nasi panas memang menambah nambah la. Simpan sini senang aku nak rujuk. Aku baru je belajar masak asam pedas ni dan masak pun tak sampai lagi sepuluh kali. Kadang kadang ada resepi yang aku lupa memang aku rujuk blog aku ni la. Video masak asam pedas ni ada tapi tak edit lagi. Bila dah malas kan... 


5 Comment for "Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Dan Sedap "

Ok dah ni... Ada gak kerajinan nak mencuba masak hehe syabassss hehe

tak pernah lagi masak asam pedas. thanks for sharing :)

Asam pedas pari memang sedap..lagi sedap kalau kuah tu pekat-pekat..memang umpphhhh makan dengan nasi panas :P

Dah puji sedap memang sedaplaha tu cerita dia kan :)

Kalau suami dah puji sedap tu sure la sedap tu kan...hehehe

Back To Top