You don’t have to be big. You have to be remarkable

Staycation Di Kuala Lumpur Selepas PKP

 Assalamualaikum..

Staycation Di Kuala Lumpur Selepas PKP | Baru je berangan nak Staycation di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor selepas raya ni, tapi apakan daya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah di umumkan beberapa hari sebelum raya. Bertabahlah hati dan stay at home. Walaupun tak dapat bercuti lagi, boleh planning dulu nak pergi mana, apa yang nak kena sediakan sebab aku tak pernah bercuti lagi tau walaupun Staycation KL je. Lepas kahwin, tak sempat nak honeymoon, bunting pelamin orang kata. Melayan morning sickness sampai second trimester. Dah ada anak dan baru rancang nak berjalan, tetiba eh pandemik melanda pula.

By the way, aku plan nak bercuti di Bamboo Village Kuala Lumpur. Kenapa Bamboo Village jadi pilihan aku? Sebab nature. Tak sangka pula kat sekitar kawasan KL yang penuh dengan hutan batu ni ada kawasan semulajadi yang cantik macam ni. Rumah dan villa kat situ diperbuat daripada buluh dan sebab itulah dipanggil Bamboo Village. Confirm sejuk kalau tidur waktu malam kat situ. Memang kena get ready sweater dan stoking kalau ke sana sebab aku memang tak tahan sejuk. Kalau bercuti dan nak refreshing otak memang aku tak nak pergi tempat yang crowded dan bising bunyi kenderaaan semua ni.. Aku prefer tempat sunyi dan aku nak tenang je sepanjang percutian aku. Kata nak relax badan dan otak, jadi harus pilih tempat yang senyap dan menenangkan gitu. InshaAllah kalau dah boleh rentas daerah, aku nak ajak Lurviey datang sini.

Sebut pasal bercuti ni, sebenarnya masa PKP 2.0 last year boleh rentas negeri mama dan adik ipar aku dah rancang nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson . Mama memang nak booking bilik yang ada private pool untuk Naura berenang kat dalam tu jadi tak perlu nak berebut dengan orang lain. Tapi tak sempat nak booking pun, semua dah full dari tarikh promosi hingga ke akhir tahun. Korang yang duk kat Negeri Sembilan tu, bila dah boleh rentas daerah boleh lah pergi bercuti rehatkan diri di Grand Lexis Port Dickson. Korang yang ada anak ambil la bilik yang ada private pool. Confirm anak asyik duk berendam je sepanjang hari. Bukan mak bapak je nak tenang, anak anak pun nak relax dan happy seperti zaman sebelum pandemik. Inilah masanya nak bagi anak anak happy. Biarkan dorang berendam sepuasnya. Kalau dapat rentas negeri nanti, aku nak ajak mama datang sini sambung balik plan yang tak jadi tu. Hehe.

Oh ye, orang Perak jangan sedih sebab korang boleh pergi Pangkor Laut Resort. Pulau Pangkor pun salah satu wishlist jalan jalan aku tau. Aku tak pernah jejak kaki lagi ke Pangkor. Pangkor Laut Resort ni cantik sangat kalau korang memang ‘kaki bergambar’. Bergambar la sepuasnya kat sini dengan kawan kawan or family korang. Banyak spot ambil gambar yang cantik cantik. Jadi memang sesuai sangat untuk korang yang memang suka sangat selfie, ambil gambar. Nak photoshoot produk pun cantik kat sini tau. Sambil berehat tenangkan fikiran, boleh cipta memori bersama yang tersayang disini. 

Aku dah tak sabar nak tunggu PKP habis ni. Jadi aku berangan dulu la nak jalan jalan kat sini semua. Habis je PKP nanti, aku nak ajak Lurviey pergi  Bamboo Village tu. Korang nak jalan jalan mana bila PKP tamat nanti selain balik kampung jenguk family?

 

 

6 Comment for "Staycation Di Kuala Lumpur Selepas PKP "

MY nak repeat Lotus Desaru... dah beli voucher dah... Expired 2022. Jangan PKP sampai 2022 sudah

kite baru tahu ada bamboo village kat KL hehehe

Akak kalau boleh nak pi Langkawi dan nak naik Jakarta lagi..dah macam balik kg plak Jakarta tu...

tak sabar nakkkkk berjalan ni.. huhuhu

Cadangan yang menarik! Nak staycation juga la.

Selepas PKP nanti nak jalan-jalan dalam negeri dulu, kemudian baru rentas negeri pula. Mudah-mudahan covid-19 segera berlalu pergi.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top