You don’t have to be big. You have to be remarkable

Masak Sendiri Gulai Tempoyak Ikan Patin


 Gulai Tempoyak Ikan Patin | Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin | Resepi Tempoyak Ikan Patin 


Assalamualaikum 

First time makan Gulai Tempoyak Ikan Patin ni masa umur lapan sembilan tahun. Teringat setiap kali nak mudik ke Ulu naik bot ni la makanan yang beli tapau makan atas bos untuk lunch. Fave sepanjang masa tapi ada satu je masalah saya dengan lauk ni , iaitu TEMPOYAK! The only tempoyak yang saya makan dalam masakan ni. Sambal tempoyak? Nope! Apa masalahnya pulak? Perasaan kegelian nak pegang tempoyak (tak kisah la nak sendukkan tempoyak, nak basuhkan pinggang yang ada tempoyak).


So balik hari tu memang kena paksa oleh mama plus kerelaan diri sendiri untuk cuba masak sendiri. Ye la nanti nak kena masak sendiri juga kan. Tak kan nak makan kat kedai yang belum tentu sedap dan harganya fuh... Last makan tempoyak ikan patin kat kedai rasenye akhir tahun lepas dan sememangnya rase tak sedap dan manis. Huh.. 

Panjang pulak intronye ye.. Buat kalian yang memang suke makan gulai tempoyak ikan patin dan tak pandai nak masak atau malas, mohon rajin-rajinkan diri sebab buat sendiri lebih jimat dan tak susah pun. 

 
Bahan-bahan
  • 7-8 biji lada kampung
  • Kunyit hidup
  • Ikan patin saiz sederhana
  • Tempoyak 3 senduk
  • Air 5 cawan lebih
  • Garam secukup rasa
  • Daun kesum 2 ikat

Cara-cara
  1. Tumbuk kunyit dan lada.
  2. Kemudian masukkan tempoyak gaul bagi sebati.
  3. Masukkan air dalam periuk dan bahan yang ditumbuk tadi (kunyit lada dan tempoyak)
  4. Biar mendidih, masukkan ikan patin garam dan daun kesum. Siap!




Mudahkan? Kalau saya ada dapur memang dah lame masak. Ada sapa-sapa buat servis sewa dapur? Lol.. Resepi untuk rujukan sendiri dan juga kongsi-kongsi dengan kalian yang memang suka masak yang simple-simple. Rindu Pahang!
 

0 Comment for "Masak Sendiri Gulai Tempoyak Ikan Patin"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top