You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Mudah Naikkan Berat Badan

How To Gain 11kgs Within 2 month | Cara Tambah Berat Badan Dengan Mudah | Cara Naikkan Berat Badan | Weight Gain Plan Meal | Cara Naikkan Berat Badan Untuk Ectomorph


Assalamualaikum 

Misi gain weight berjaya seperti dirancang, tapi misi untuk weight training kurang berjaya dek kemalasan. Baru ku tahu kenapa orang gems tak kurus-kurus dan bile suruh exercise beralasan. There's a pro & contra when u gain weight! Happy but at the same time worried! As a body conscious memang concern each part of the body. The worst thing bile gain weight ni (current weight) semua seluar tak boleh pakai! Grrr


Seperti yang saya kongsikan sebelum ni di entri Misi Tambah Berat Badan Berjaya penuh dengan gambar makan kat IG dan ada juga yang bertanya cara nak tambah berat badan. Makan apa? 


Entri kali ni saya nak kongsikan Weight Gain Plan Meal cara saya.

  • 6.30 Buah-buahan/Kismis/Biskut/Roti/2 biji telur (half cooked)
  • 9.00 Mee/Nasi Lemak/Nasi Goreng/Mihun 
  • 11.00 Buah-buahan/Kek Coklat/Biskut/Coklat/Roti/Salad
  • 1.00 Lunch (nasi wajib) 
  • 2.30 Buah-buahan/Kek Coklat/Biskut/Coklat/Roti 
  • 5.30 Biskut/Roti 
  • 7.30 Dinner (nasi wajib) 
  • 9.45 Buah-buahan/Kek Coklat/Biskut/Coklat/Roti/2 biji telur (half cooked)

Ni plan selama 2 bulan. Sekarang punye plan meal dah berubah sikit.Sebab nak maintain berat sahaja. Malam dah jarang makan nasi (makan bile keluar dengan Lurviey je). Oh ye lagi satu minum air kosong banyak-banyak. Sepanjang misi gain weight ni setiap hari almost 3liter jugak saya minum.

Selain makan, squat saya masih belum stop (since 21 December hingga saat entri ni ditulis masih lagi buat squat) The bad thing about squat is peha akan membesar selain membesarkan, membentuk dan memadatkan punggung! Tak caya buat la setiap hari tak perlu banyak macam squat challenge tu. Cukup 40 kali sehari. 20*2 sahaja. Then siap sedia la untuk buang seluar yang sedia ada dan beli baru. Lol. Nak buat plank or exercise dengan resistance band terasa macam malas gile.

Kemudian tidur cukup. Ok bab tidur ni memang dari dulu saya jenis susah nak tidur awal. If tidur awal mesti kepala pening bile bangun pagi nanti. Nak tak nak belajar tidur awal sebelum jam 12 setiap hari. Akhirnya berjaya adjust masa tidur. Cukup la 7 atau 8 jam tidur.

Tambah berat badan bukan sahaja angka yang bertambah tapi lemak jugak bertambah. Lemak kalau ada banyak-banyak mesti sakit mata tengok. Jadi kena tukar lemak-lemak tu jadi otot. Lol.. Sekian sahaja perkongsian saya cara tambah berat badan dengan mudah. Total berat yang berjaya ditambah 14kg.


0 Comment for "Cara Mudah Naikkan Berat Badan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top