You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Menyemak Status Penerima Decoder MYTV 2016

Semakin Penerima Decoder MYTV 2016 | Decoder MYTV 2016 | Harga Decoder MYTV 2016 | MYTV Broadcasting |


Assalamualaikum 

Decoder MYTV secara percuma telah pun diedarkan. Adakah kalian layak menerima decoder MYTV ni? Semak di sini -> SEMAK NAMA DI SINI 

Masukkan no kad pengenalan je then keluar la result sama ada kalian berjaya atau pun tidak.  Heee.. Ini lah result untuk saya. Jangan sedih bagi yang tak terpilih tu. Boleh beli tak lame lagi.

Dengan adanya decoder ni tak de lagi gangguan siaran walaupun hari hujan lebat. Ok la kan.Baca la kat bawah ni kelebihan Decoder MYTV ni
DTT membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview. Pada masa akan datang penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan dan perkhidmatan langganan dan internet. 

Kelmarin mama ada hantar gambar kat whatsapp, terima decoder MYTV ni tapi belum pasang lagi sebab kena beli arial dulu. Tetiba teringat zaman mase duk Ulu Tembeling dulu punye la susah nak dapat siaran tv. Panjang dua batang buluh pun gambar tak cantik. Zaman kanak-kanak dulu banyak masa abis dengan membaca, main dengan kawan-kawan. TV ni susah sangat nak tengok. Lagi satu sempat la merasa zaman elektrik 12 jam je. 

Sekarang balik rumah pun tak layan dah Astro. Bosan sebab tak de cerita dan asyik duk ulang tayang sampai naik muntah dah nak tengok. Lagi satu ramai sangat pelakon baru plus cerita mengarut. #jangankecamsaya . Duk KL ni memang tak tengok TV pun. Elok jugak ada decoder ni boleh la suruh mama terminate Astro sebab tak de orang pun nak tengok kat rumah. Bayar tiap-tiap bulan semata untuk tengok berita TV1, TV2, TV3 dengan jelas. 

Untuk mase sekarang  saluran yang disiarkan menggunakan decoder MYTV ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan ditambah dari semasa ke semasa. Sama-samalah kita tunggu dan lihat! 


Untuk maklumat lanjut  mengenai Decover MYTV dan MYTV Broadcating boleh ke website di bawah ni 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi MYTV di 
 1300 80 6988 


0 Comment for "Cara Menyemak Status Penerima Decoder MYTV 2016 "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top