You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ketagih Old Town White Coffee Salted Caramel

Ketagih Old Town White Coffee Salted Caramel

Assalamualaikum 

Ketagih Old Town White Coffee Salted Caramel ] Apa-apa yang berkaitan dengan salted caramel mesti aku rasa nak cuma. Caramel to be specifically. Lol... 3 bulan lepas aku beli kat Eco then semenjak hari tu aku jadi ketagih. Masuk Eco mest wajib beli dalam 5 tin macam tu. Aku try check kat shopee tapi harga memang tak boleh lawan Eco sebab kat Eco lagi murah. Even kat official store Old Town pun tak dapat harga RM2.10. 

 

Aku sebenarnya tengah plan nak berhenti minum kopi. Sebelum ni aku dah berjaya stop minum kopi selama dua tahun sehinggalah masa dalam pantang bersalin Naura aku minum kopi hitam tu. Orang tua cakap bagus minum kopi masa pantang. Dah alang alang minum kopi, why not aku minum nescafe dan seangkatan dengannya. Now, aku nak stop sebab aku rasa macam tak bagus sangat untuk kesihatan. Pagi, tengahari dan malam mesti aku wajib minum kopi. Takut tau sebab berlebihan ambil kopi ni tak bagus untuk tulang sebab boleh defisit kalsium dalam badan. 

The best way aku nak stop kopi now adalah dengan chia seed, lemon dan apple cider. Sebelum ni memang ni la cara aku stop minum kopi. Aku buat air chia seed campur lemon atau mix dengan apple cider. Cara ni juga adalah cara yang terbaik untuk aku minum air sebab aku kurang minum air.

Di petik dari buku The Digestive Health Book .

Coffee consumption of more than one cup per day appears to increase the risk of hyperpigmention. Even decaffeinated coffee has some caffeine in it. Keep your intake to no more than 300mg of caffeine per day

Kalau dah ketagih ni susah nak stop. Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih kan? Tengok la next week aku cuba kurangkan pengambilan caffeine. Nak cari apple cider dan chia seed dulu.


Tag : food
4 Comment for "Ketagih Old Town White Coffee Salted Caramel"

Ehh CCL,pun coffee lover jugak . Dulu kerap,sangat minum kafein ni . Skrg dh kurangkan

Saya pun penggemar kopi. Tapi memang limit minum. Kalau ikutkan pagi petang siang malam nak kopi hehehe

Akak dah 3 tahun cut cafein lepas akak kena hypertension attack 2018 dulu..ni dah ok..akak berjinal2 ngan latte dan kopi 434 je...hehehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top