You don’t have to be big. You have to be remarkable

Brownies Chocolate Sedap Dan Moist

 Brownies Chocolate Sedap Dan Moist 

 

Assalamualaikum..  

Minggu lepas order brownies chocolate dengan Cik Fardil. Sebelum ni aku pernah up entri aku order roti dan juga bomboloni. Memang sedap ! Mengandung ni la teringin nak makan manis manis. Tak sedar diri pula aku bahawasanya hari Jumaat nak kena minum air gula. 


Aku tak pasti berapa berat brownies ni tapi memang berat dalam kotak ni. Packaging cantik pula tu. Sesuai juga nak jadikan pelengkap manisan hantaran untuk bertunang atau perkahwinan. 

Mewah betul taburan hirisan almond tu. Lupa nak bagitau brownies chocolate yang aku beli ni chocolate nutella. Memang sedap la. Sapa tak suka nutella memang rugi ! Lol.. 

Nampak tak 'kegelapan' brownies tu? Manis manis pahit rasanya dan yang paling penting moist. Bagi tekak aku memang sedap la. Tapi sesetengah orang suka yang kering dan aku prefer yang lembap macam ni. Sumpah sedap ! 

Di sebabkan aku nak kena minum air gula hari Jumaat, jadi aku hanya dapat menjamah dua tiga ketul sahaja. Separuh bagi jiran dan balance Naura dan Lurviey habiskan. Tunggu dapat result air gula dan minum air gula kedua aku nak order lagi sebab tak puas makan lagi ! 


Whatsapp En Fardil - 012-2670392
Lokasi penghantaran : Putrajaya/Cyberjaya (lain lain lokasi boleh direct whatsapp tanya En Fardil)


P/S: Banyak betul pending kerja. Harap cepatlah habis fasa 'morning sickness' ni. Ketuaan sangat aku rasa badan aku ni !


Tag : food
10 Comment for "Brownies Chocolate Sedap Dan Moist "

tak kisah apa jenis kek mmg kalau dia moist sedap nak dimakan..kalau kering rasa mcm tersangkut kat tekak.

congo bar dia nampak gebu dalam gambar..ammi kalau buat benyek je

Alaaaa....nak jugak..kalaua dia luaskan lagi penghantaran sampai KL nak jugak akak order...terliur tengok

Wahh . Sedapnya ..memang nampak brownies ni moist . Harga pun berbaloi

ya Allah. tengok je pun dah tahu sedap ni :D

Cantik hasil buatan browniesnya. Memang mewah dengan taburan hirisan almond. Tak kedekut topping nutella. Sedap takleh bawak bincang ni. Sekali rasa pasti nak lagi.

waduh waduh sedapnya brownies coklat

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top