You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan

 Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan 

 

Assalamualaikum... 

Agak kemalasan nak keluar waktu pagi untuk check up tapi apakan daya ianya akan menjadi rutin bulanan selepas ini. 2 minggu lepas hari rabu, aku buka buku pink. Sebelum buka buku, aku call dulu KKIA sama ada boleh walk in atau kena booking dulu. Nasib baik aku call sebab nak buka buku pink kena booking dulu. Melalui panggilan telefon nurse tanya bila hari pertama akhir period dan baru dia decide bila kena datang buka buku pink. (Penting untuk korang tau bila hari pertama akhir period dan aku selepas stop depo memang period aku irregular jadi aku pun lupa exact date dan aku tak plan langsung untuk pregnant sebab masih terlalu awal tapi dah rezeki kan..)

Pagi ni memang bersiap awal sebab nak hantar Naura rumah nenek. Maklumlah sekarang norma baharu. Kalau dulu boleh je bawa anak dengan suami sekali tolong temankan tapi norma baharu ni aku keseorangan je la. Alhamdulillah KKIA tempat aku sekarang dah selesa sebab baru dan ada aircond. Kalau masa pregnant Naura KKIA kayu dan panas. Kena berebut kerusi tunggu turn.

Appointment aku jam 8pagi tapi aku sampai dan dapat no jam 8.32 pagi. Tunggu giliran untuk ambil darah dan air kencing. Sejam kemudian baru dapat turn ambil darah. Settle ambil darah dan juga HIV test, kena ambil urine test pula. Lama juga tunggu result sebab ramai orang. Dah dapat result, tunggu turn jumpa nurse ikut alamat tempat tinggal. Alhamdulillah aku dapat dengan nurse sama masa aku pregnant Naura dulu, Kak Wan. Jadi mudah la nak bercerita kan.

Bila boleh buka buku pink

  1. Blood Test - setiap bulan untuk tengok bacaan HB
  2. HIV Test - sekali (masa buka buku pink)
  3. Urine Test - setiap bulan
  4. Pemeriksaan Payudara - sekali (masa buka buku pink)
  5. Pemeriksaan perut dan heart beat baby - setiap bulan
  6. Scan - depend pada ibu. Tapi first time buka buku pink akan buat scan sebab nak check berapa minggu dan tally tak dengan tarikh period kita. 

Dokumen wajib ada bila nak buka buku pink

 

  • Kad Pengenalan
  • Buku pink lama (jika mengandung kali kedua dan seterusnya)
  • Bil Utiliti ada alamat tempat tinggal
  • Sijil Nikah - aku standby kad nikah je. Leceh la nak bawa sijil nikah 
  • Scan jika ada - ni kalau korang ada buat scan kat klinik mana mana sebelum buka buku pink. Aku tak buat pun. 

Alhamdulillah sepanjang masa menunggu nak jumpa doktor tak de rasa loya dan muntah. Aku risau sebab nanti bila start muntah badan jadi lemah. Bila turn jumpa doktor yang tak syioknya dapat doktor lelaki pula. Adehh. Segan sebab nak scan perut. Daripada hasil scan tu ada perbezaan sebab tak tally dengan tarikh period yang aku bagi. Aku bagi anggaran sahaja sebab exact date period kali ni memang aku tak pasti. Ikut tarikh period baru 8 minggu tapi ikut scan doktor sudah 9 minggu. Jadi doktor cakap repeat scan lagi dua minggu. Minggu ni la kena scan hari jumaat sekali dengan minum air gula. 

BACA 


SERAM NAK MINUM AIR GULA LAGI !! HARAP TIADA LAGI MORNING SICKNESS dua tiga hari ni dan perut aku mampu bertahan sebab kena puasa sampai settle ambil darah semua.

 

P/S: Alhamdulillah da rasa bertenaga sikit dua tiga hari ni waktu siang, cuma waktu malam memang rasa penat dan loya. Jadi boleh la membalas kunjungan korang. Rindu betul.. Ranking blog aku pun dah jatuh ! Sedih sikit sebab baru nak aktif semula blogging tahun ni.

12 Comment for "Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan "

MY dah betul betul tutup buku pink dah... hehehe... apapun... tahniah naniey... jaga kesihatan diri dan baby

rutin ni nt bila ank dh besar jd rindu pulak.. haha..

Terima kasih kongsikan pengalaman. mommy to be first time tu bolehlah rujuk sini. Semoga baik baik je naniey dan baby. Take care :)

Alhamdulillah. Syu tak tahu bila dapat peluang buat buku pink ni. masih menunggu. Hu3.

Tahniah! Semoga urusan kehamilan berjalan lancar buat naniey <3

wah tahniah naniey...
rezeki btul.. naura bakal dapat adik ni hehehe...
Semoga sihat2 aje ye :)

semoga dipermudahkan urusan naniey.. tahniah ye

senoga semua urusan dipermudahkan..

ranking jatuh sikit sbulan dua takpe..yg penting ibu & baby dlm perut sihat. semoga cepat beransur pergi Morning sickness ni

Yeahh . Tahniah .. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yg sihat . Tq juga share tips2 buka buku pink

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top