Once you choose hope, anything's possible

Akok Pok Long Di Melor Kelantan

 Akok Pok Long Di Melor Kelantan

 

Assalamualaikum... 

Bulan Ramadhan ni memang teringin yang manis manis bila berbuka tapi bukan yang manis leting tu. Cukup la manis yang tak memeritkan tekak tapi tu la terpaksa kawal nafsu nak makan manis ni sebab setiap hari kena buat BSP. 


Akok Pok Long bertempat di Kampung Peringat, Melor Kelantan dan ianya antara akok yang sedap aku beli kat Kelantan. Dulu masa mula mula papa transfer kat Kelantan boleh dikatakan setiap minggu memang beli akok dan pembuat akok tradisional pun ramai masa tu dan yang penting sedap. Tapi semakin hari semakin hilang peniaga akok tradisional ni. Susah pula aku nak jumpa akok yang sedap macam dulu, hinggalah aku jumpa Akok Pok Long ni.

Sebenarnya aku tertarik dengan marketing Akok Pok Long ni melalui sign board sepanjang jalan sebelum sampai di lokasi kedai akok ni. Tarikan sign board tu membuatkan aku ingin mencuba akok ni. Tawakkal je sedap or tak sedap sebab memang teringin akok. 

Alhamdulillah rasanya sangat sedap dan menepati citarasa anak tekak aku. Dalam satu pek ada 9 biji dan harganya RM5. Mahal ke murah? Bagi aku untuk rasa sesedap ni memang berbaloi untuk aku beli berbading yang murah tapi langsung tak sedap. 

Akok ni lagi banyak telur lagi sedap dan kedutan cantik. Rasa lemak lemak manis tu tak boleh nak digambarkan. Mana nak cari kat KL/Selangor ni. Teringin pula aku bila taip entri ni. Haishhh 

 

Akok Pok Long
Lot 636 Kampung Padang Mengkali, 
Kampung Peringat, 16400 Melor, Kelantan

 

P/S: Penat betul nak berkemas pindah rumah ni. Harap boleh settle weekend ni.

 

Tag : food
10 Comment for "Akok Pok Long Di Melor Kelantan"

Cantik kedutannya. Sedap makan akok time masih hangat-hangat.

Teringinnya nak rasa kuih Akok nie Naniey. Nampak macam sedap..

cantiknya kedai. akok tu pun nampak cantik dn sedap

Memang susah nak jumpa kuih tradisional yang sdap macam dulu dulu. Pada saya murah dah tu untuk 9pcs. Rasa dia pun tak mengecewakan, kira berbaloi beli. Bagus marketing dia buat orang tertarik nak beli dan jaga kualiti kesedapan tu.

fav akok..tp kita suka akok pandan..murah la tu...kt kl 5 pcs rm4

Stail la kedai dia.. akok dah jadi manisan wajib berbuka kalau duk klate!

kat area umah kita pun ada orang jual akok tp sbb kita x suka sagt so x pernah nak try hehhe

Harganya murah!!! Akok pun makanan yang saya suka juga, dah lama tak makan akok

Mkn panas2 tu sedap kuih akok ni kan

Back To Top