You don’t have to be big. You have to be remarkable

MD Putu Bambu World Sedap Dan Rasanya Masih Sama


MD Putu Bambu World Sedap Dan Rasanya Masih Sama


Assalamualaikum.... 


Susah betul nak cari putu bambu kat KL ni. Sebenarnya ada je cuma kawasan laluan yang aku selalu lalu ni memang tak de la. Kalau dulu aku selalu beli kat NSK Wangsa Maju tu. Tapi sekarang sejak dah tak ke NSK memang tak dapat la nak merasa putu bambu ni. 

Kebetulan hari tu masa ke Cameron Highlands singgah kat RNR Tapah ada Putu Bambu World ni. Aku terus minta Lurviey belikan sebab nak sampai ke Cameron memang lambat lagi. Jadi alas perut dengan putu bambu dulu. Alhamdulillah rezeki nak puaskan anak tekak. Bukan mengidam tapi memang aku dah lama nak makan tapi tak rajin nak mencari. 


Tak sangka pula sekarang ada macam macam jenis flavour putu bambu ni. Kalau dulu aku tahu ada yang original je. Sekarang ada flavour cheese, durian, coklat, strawberi


Lurviey beli dua flavour ni, original dan strawberi. Aku makan yang original ni je. Sumpah sedap dan rasanya masih sama seperti dulu. Memang puas hati dapat makan putu bambu. Harga RM5 original dan yang berperisa RM6 if aku tak silap. Korang pernah cuba MD Putu Bambu World? 

 

P/S:Pejam celik pejam celik dah hari ke 10 pantang. Trauma kat LR masih lagi terbayang ! 


 


Tag : food
4 Comment for "MD Putu Bambu World Sedap Dan Rasanya Masih Sama"

Putu bambu memang fav akak..kalau jumpa memang akan beli lebih...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top