You don’t have to be big. You have to be remarkable

Happy Birthday Naura


 Happy Birthday Naura 


Assalamualaikum... 

Pejam celik pejam celik dah tiga tahun Naura. Dah boleh masuk sekolah tapi tu la sekolah depan rumah aku ni umur 4 tahun je baru terima. Aku nak dia belajar berkawan dan juga belajar berenggang dengan aku. Bila aku tak de depan mata mula la mencari macam kucing hilang anak

 

Tahun ni mommy tak sempat nak deco cantik macam last year sebab dah tak larat sangat nak berjalan cari barang. Mommy cari kat Ninso dan Eco je. Kaki pun dah bengkak dan mudah penat. Tahun ni kek mommy order kat Kedai Kek Batu Caves je dan request nak kartun Omar dan Hana sebab Naura yang nak. 


Simple but meaningful gitu. Gigih aku tiup belon banyak banyak malam tu sebab Naura nak belon banyak. Tengok Naura happy bangun pagi tu pun buat aku puas hati dah.

Happy dapat kek Omar dan Hana. Naura masa ni baru bangun tidur. Tak pe lah muka serabai janji ada gambar simpan buat kenangan. Lol ! Kek yang aku order ni petang baru dapat pick up kat outlet Batu Caves sebab order custom cakes ni dari HQ dorang.
 

Aku memang order kek coklat sebab Naura memang suka kek coklat. Alhamdulillah Naura makan banyak juga. Tunggu mommy habis pantang dan minum air gula nanti, baru mommy belanja kek SR pula. Choc indulgence fav dia. 

Happy birthday Naura Az Zahra Miqayla. Panjang betul nama kan. Nama Az Zahra tu pilihan nenek. Nama yang aku pilih Naura Miqayla. Jadi aku masukkan Az Zahra tu kat tengah tengah. Jangan marah mommy nanti nak kena tulis nama panjang panjang. 


P/S: InshaAllah tahun depan boleh sambut birthday sama dengan adik baby. Beza 5 hari je.


7 Comment for "Happy Birthday Naura "

anak ammi yg 2 patah tu pun dia bising kata nak tulis sakit jari...

Happy birthday Naura..
Wahh best la dpt celebrate birthday sama bulan dengan adik

happy birthday naura!! comel kek omar hana naura... selamat berpantang ye naniey

comey orangnya dan cantik kek

Happy birthday Naura yang comel....

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top