Assalamualaikum...
Pengalaman Kena Bentan Semasa Pantang | Tak sangka berpantang kali ni kena bentan. Mana tak kena bentan, hari hari ulang alik ke hospital nak tengok Aqeel. Pantang pun tak macam pantang dah. Memang tak kisah pun pasal pantang ni kecuali pakai stoking je. Yang penting dapat tengok baby. Sebenarnya tak tahu pun pasal bentan ni sebab masa Naura dan Aryan dulu memang betul betul jaga dan duduk diam kat rumah. Tahun 2013 aku pernah kongsi entri mengenai Bentan Bawa Maut.
Memula aku ingatkan badan aku yang tak cukup rehat. Rasa macam nak demam, mata panas dan tak larat tiba tiba. Memang aku baring tidur then bangun dari tidur tu rasa macam dah sihat. Bila badan dah rasa sihat mula la rindu nak pergi tengok Aqeel.
Kali pertama aku kena rasanya masa temam Aqeel kat wad surgeri. Bayangkan dalam wad tu sejuk sampai ke tulang dan kebetulan pula aku kena kencing kotor pula. Tak pernah kena kencing kotor sebelum ni tetiba pantang kali ni kena. Haishhh... Dalam wad aku makan je apa yang dihidangkan, tak de ikut pantang dah masa teman baby. Lapar kot. Lepas makan taugeh, malam tu mengigil badan aku. Ingatkan sebab aircond yang sejuk sangat rupanya itu memang dah kena bentan.
Lepas tu masa Aqeel dah transfer ke SCN masa aku melawat tiba tiba je aku rasa mengigil sejuk sangat. Padahal sebelum tu ok je. Then Lurviey cakap mana ada sejuk pun. Biasa je aircond kat wad SCN tu. Confirm sah bentan lagi sekali. Total aku kena bentan ni empat kali. Serik wehh.. Bila rasa sihat sikit aku spent time jenguk Aqeel duduk kat wad dari Zohor hingga Isyak then baru aku balik rumah. Setiap hari tanpa jemu aku pergi jenguk Aqeel.
P/S: Seram sejuk kena bentan ni... SERIK !!



0 Comment for "Pengalaman Kena Bentan Semasa Pantang"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)