Kisah "High Heels itu Aku.."

High Heels mmg tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Maksud aku sesetengah perempuan la.. Bukan semua boleh pakai high heels dan bukan semua yang suka pakai high heels. Kenapa aku ckp macam tu sbb aku melihat dengan mata aku sendiri ada perempuan yang tak pandai nak imbangkan badan bila pakai high heels. Ye mmg ada.. Ada jugak jenis perempuan yang suka beli high heels tapi tak pakai high heels.. Kenapa tu?? Tu aku tak tahu la..




Ok berbalik kepada tajuk entri "High Heels itu Aku" merujuk kepada diri aku sebenarnya.. High heel tu ibarat sebahagian daripada hidup aku. Maksud aku kat sini benda yang aku suka la.. Tak de la aku ni mati kalau tak de high heels. Cuma perasaan kecewa tu ada la bile tak dapat beli high heels. Mana tak nye.. Sale depan mata then cantik tapi tak sambar.. Rugi tu...

Bagi aku high heels melambangkan confident aku. Aku lebih confident bile aku pakai high heels. High heels jugak simbol hidup aku. Kalau aku diminta utk melukis simbol hidup aku perkara yang wajib ada adalah high heels...

High Heels for High Hopes

Semakin tinggi High Heels yang aku pakai bermakna semakin tinggi harapan yang aku bawa dan ingin dicapai dan semakin banyak halangan dan rintangan yang akan aku tempuhi. Ianya ibarat high heels, makin tinggi makin sakit dan makin lama kita pakai untuk berjalan makin terasa. Kesakitan itu ibarat  halangan yang aku tempuhi dalam kehidupan aku.

Hajat dihati nak pakai high heels 5 and 6 inch masih belum tercapai. Aku pun da lama tak masuk kedai tgk and beli high heels. Tak de masa plus tak de duit. Kalau nak pakai high heels biarlah kite selesa. Harga no. dua. Apapun biarlah berpada-pada.

Sejarah aku pakai high heels ni bermula sejak aku kecik lagi. Masa tadika lagi aku mmg da suka pakai ni. Parent aku akan belikan setiap kali perayaan. Aku masih ingat lagi high heels aku yang warna merah. Masa tu aku darjah satu. Tapi tapak tak runcing lagi la. Ala-ala orang tua punye. Dlu bleh la pakai macam tu. Skang aku da tak suka tapak macam orang tua. Aku suka yang runcing. Hehe.. Aku start belajar pakai yang runcing ni masa aku darjah tiga. Letih jugak la nak berjalan. Yang penting mesti ada style. :P Setiap kali berbicara ttg high heels ni aku mesti teringat zaman aku kecik-kecik dlu. Aku panggil high heels ni "Kasut Tongkat" haha. Sebab apa... ntah la susah la nak jelaskan. Aku je yang tahu.

Aku bercita-cita untuk ada boutique high heels aku sendiri. Ntah la bila fikirkan balik mampu ke aku capai cita-cita aku ni. Kadang tu memendam rasa bila tak dapat beli.. Urghhh kecewa sungguh.... Tapi aku akan cuba untuk capai impian utk ada bilik yang penuh dengan high heels ngan handbag macam Kimora Lee Simmons (KLS).

Adakah impian aku ini akan tercapai.. Emm akan ku coret lagi dalam penulisan maya NBL ni bile da tercapai. Semoga aku panjang umur dan murah rezeki.. Boleh la aku update nanti. :)

P/S: HIGH HEELS FOR HIGH HOPES
Tag : personal
2 Komentar untuk "Kisah "High Heels itu Aku..""

ak pakai high heel hanya utk acara tertentu..suka pakai flat shoes or sniker jek..tp klu shopping mmg suka tgk..dan suka beli..tp xbole pakai sbb kaki senang melecet..even dh pakai sock..

akak, kalo akak pakai heels, jawabnye makin tinggi laa akak....wink2....

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top