Special Offer

Author

Tidak Beretika Sungguh!!!!!

Salam semua...

Cewah entri mcam aku ni beretika sangat... Bukan apa ni just lately ni aku tgk sikap manusia makin menjadi-jadi. Ye la apa taknye. Manusia makin tak berdisiplin dan ada diantara mereka ni tak sedar di untuk. Sebab apa aku ckp macam ni.. ok.. sabar2..



Fenomena Satu: Facebooking Masa Kerja



Korang yang da keje ni da dapat keje tu keje la. Ni bukan nak keje. Duk main facebook. Adakah anda dibayar gaji untuk facebooking??? Tak kan. Da dapat keje tu keje la. Bersyukur la sikit sebab anda dapat keje. Nasib anda baik daripada orang-orang yang sedang mencari kerja. Ada sesetengah tu menganggur. Keje tak de duit pun tak de.

Aku tak faham sebab ni confirm boss tak pantau pekerja diaorg ni. Bukan facebook bukan kejap.. Lama tu. Kemudahan internet di salahgunakan. Cuba sapa-sapa yang baca entri ni jadi boss la and then korang ada pekerja yang curi tulang time keje ngan facebooking, korang suke ker??? Mestilah tak kan sebab korang keluarkan duit bayar gaji dan tanggungjawab korang adalah memastikan pekerja bawahan anda ni buat keje..

Mesti korang nak ckp aku ni tak keje lagi so tak tahu la kan. Tapi berpada-pada la sikit. Korang ada tanggungjawab. Kang kena buang keje baru la padan muka.

Fenomena Dua: Datang Lambat Ke Kelas



Ni lagi satu sikap yang aku pantang la datang lambat ke kelas. Da la dtg lambat buat muka tak bersalah. Mentang-mentang la korang ni pelajar kolej/ Universiti then guna alasan tu nak dtg lambat ke kelas. Tak paham sungguh aku manusia ni. Makin menjadi-jadi perangai. Mmg la lecturer tak marah tapi kat situ da menunjukkan diri korang tu eeee yerk... Buruk benor ler... ( ni pandang aku la and aku letakkan diri aku di tmpt lecturer tu). Skali dua dtg lewat tu boleh di maafkan tapi if selalu datang lewat itu mmg tidak boleh dimaafkan. Bukan aku nk mengutuk ke apa tapi ini kebenaran... Aku nak tanye korang la ngan jujur kan tapi korang jawab dlm hati la, Sapa yang selalu dtg lewat kat kelas korang? Kaum mana tuh?? Lu pikir la sendiri bak kata Nabil.

Kalau aku diberi kuasa, aku nak buat satu kad yang boleh aksess kelas tu before kelas bermula and kad tu tak boleh berfungsi after lima minit kelas bermula. That's means if lewat lima minit student boleh masuk lagi la. Dan setiap kad yang da di aksess utk masuk kelas tu automatik dan register nama student tu dalam database attendant. So kat pintu kelas tu akan cencor la satu kad hanya utk sorang student je. Tak leh org yang tolong cencor kan. Ni bermakna lecturer pun kena dtg awal gak la. Baru la adil. Ni ada yang aku tgk sesetengah lecturer yang bukan mengajar aku nih masuk lewat ke kelas. Macam mana student nk berdisiplin kalau lecturer pun masuk lewat. So bila wat mcm ni sama2akan bertanggungjawab pada diri sendiri dan dtg awal ke kampus. Tapi maintenance mmg tinggi...

Korang ckp tak logik ker????
Hello... Kat atas aku da mentioned kalau aku diberi kuasa....


Fenomena Tiga: Merokok


Eee... ni lagi satu yang mmg buat aku geram and hangin nih. Tak terpampang besar da logo kat atas tu ada jugak manusia yang melanggar. Adoii.. Aku rasa peraturan ni masih tak ketat la. Mesti tak de orang yang kena denda. Takat denda 50 hinggit semua orang boleh bayar.. Yang si perokok ni nk merokok pun agak2 la. Jangan pakai hembus je asap tu. Rimas betul aku. Tak de kesedaran dalam diri langsung. Kau nk merokok ke kau tak ambil peduli pasal kesihatan ke tu kau punya pasal la. Tapi bila da libatkan orang lain ni (perokok pasif) tu mmg melampau la. 

Fenomena Empat: Buang Sampah Merata-Rata.



Ni la sikap masyarakat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Maksud aku sesetengah masyarakat je ok. Bukan semua. Alasan yang sering aku dengar kalau aku tegur jangan buang sampah

"nanti mak cik yang sapu sampah tu tak de keje.. makan gaji buta..baik kita buang sampah bagi keje kat dia"

Lebih kurang macam ni la dialog yang selalu aku dgr. Manusia-manusia, mmg mak cik tu tugas dia sapu sampah, tapi ingt sikit tak salah kalau kita buang sampah dalam tong sampah. Dapat pahala tolong ringankan beban mak cik ni.. Tak kisah lah mak cik ke kakak ke kan. Cuma tolong la bertanggungjawab sikit buang sampah di tempat yang betul. Susah sangat ke nak didik diri ni mcam ni. Patut la negara kita ni tak bersih and selalu ada sampah.. Mesti ada gak sikit. Kecuali tmpt2 yang terbuka yang ada orang memandang kan.. Mesti korang yang suka buang sampah ni tak berani la sikit kan. Kononnye ckp tempat ni tak leh buang sampah. Pandai plak time ni. Cuba kalau sepanjang masa mcm ni.

___________________________________________________________________________________

Ya.. Anda mampu mengubahnya. Aku bukan nak ckp aku bagus atau baik tapi untuk kebaikan bersama-sama. Semua orang boleh berubah ke arah yang lebih positif dan selesa. Apa yang perlu adalah kesedaran dalam diri manusia tersebut. Anda bertanggungjawab untuk diri anda dan tingkah laku anda dan bukan orang lain yang mengawal anda. Renung-renungkan lah.

P/S: Ni blog aku, bagi yang terasa aku mohon maaf tapi ini realiti.

0 Komentar untuk "Tidak Beretika Sungguh!!!!!"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top