Special Offer

Author

Sebelum Valentine's Day

Salam semua.. Semoga hari ni adalah hari yang ceria. Ye la permulaan ari... Tapi aku tgk banyak ke kat status facebooker and blogger bercakap ttg Valentine's Day.. Ye ari ni la kan.. Aku pun tak faham kenapa penting sangat dengan ari ni. ADA APA DENGAN 14 FEB? Lain la kalau ari ni ari jadi korang ke or ulangtahun korang ke kan.. Emm apa2 la.. Dijangka ari ni pencegah maksiat aktif memantau pasangan2 yang menyambut valentine's ni.. Mesti ramai yang kena cekup.. Sigh** (Untuk Muslim sahaja. Yang non-muslim teruskan dengan party or candle light dinner anda). Tapi entri kali ni adalah berkenaan sebelum ari valentine da kena cekup (semalam).. Nak tahu kisahnye... Jom la baca...


GUA MUSANG - Sebuah rumah Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang masih kosong kerana baru siap dibina di Kampung Jerek Kaling, dekat sini, dijadikan tempat perkongsian asmara seorang lelaki bersama dua teman wanitanya apabila mereka dicekup awal pagi kelmarin.

Serbuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Jerek diketuai Imannya, Md Zain Isamil, dilakukan kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat maklumat awam berhubung pasangan terbabit tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan dengan memasang lilin kerana belum mempunyai elektrik.
Penahanan seorang lelaki bekerja pemandu lori berusia 34 tahun bersama dua teman wanitanya berumur 26 dan 28 tahun termasuk seorang daripadanya janda sebelum diserahkan kepada Penolong Penguat kuasa Agama Jajahan, Hunie Adabi Abdul Kadir untuk tindakan lanjut.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata sebelum serbuan, AJK masjid terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan seorang lelaki bersama dua teman wanitanya berada dalam rumah kosong berkenaan dengan mengunci pintu dari dalam.
Beliau berkata, mereka terpaksa membuat intipan sejak 11 malam lagi sebelum membuat serbuan dua jam kemudian dengan mengetuk pintu berulang kali dan dibuka seorang lelaki dalam keadaan ketakutan.
“Mereka memasang lilin dengan berkumpul dalam satu bilik dan ketika menyiasat dalam sebuah bilik tidur rumah terbabit menemui dua wanita termasuk seorang dari Kampung Lembaga manakala seorang lagi berasal dari Kampung Sungai Terah yang bersembunyikan diri.
“Keadaan semasa itu mereka berpakaian lengkap dan dibawa iman berkenaan untuk diserahkan kepada pejabat agama sebelum dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (JPD) Gua Musang,” katanya.
Menurut Anuar berkata, lelaki terbabit sanggup membawa dua teman wanitanya ke kampung terbabit bagi melakukan perbuatan bertentangan dengan agama Islam kerana menyangka penduduk tidak mengambil kisah kelakuannya.
Beliau berkata, pasangan terbabit akan didakwa kerana berkhalwat lebih daripada seorang wanita di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang pada 5 April depan.
Mereka akan didakwa dibawah Seksyen 9(3)(4), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

SUMBER: SINAR HARIAN.
P/S: ESOK MAULIDUR RASUL... KENAPA TAK EXCITED PLAK NAK SAMBUT? DUNIA AKHIR ZAMAN... :(
2 Komentar untuk "Sebelum Valentine's Day"

fight against unislamic activities in our family and friends.

plz join my blog www.seluahmed.co.cc

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top