You don’t have to be big. You have to be remarkable

77 Kes Cerai Setiap Hari

Salam Semua...

Ni bukan propa tapi realiti kehidupan. Statistik kes penceraian dalam sehari. 77 orang bercerai setiap hari merupakan angka yang sangat besar. Adakah ianya merupakan indicator bagi kekebalan perundangan islam? 
Kahwin Cerai Kahwin Cerai dah jadi halwa telinga kite setiap hari sampai dah tak lalu lagi. Korang baca la sendiri kat bawah..
Dipetik dari Kosmo

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

Sumber: Kosmo Online
P/S: Ada individu takut nak kawin disebabkan perkara macam ni. IT'S FACT!!
 
0 Comment for "77 Kes Cerai Setiap Hari"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top