Special Offer

Author

Babun Curi Barang

Salam Semua...
Wah..wah..wah.. Babun pun bijak curi barang.. Yang bijaknya buka pintu sendiri tu.. Tgk gmbar mak aih.. scary... Baik king kong.. :) Ok la santai info dunia membawa anda ke CAPE TOWN pagi ni..
Aksi Babun
CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seekor babun membuka pintu dan melarikan beberapa barang dari sebuah kereta di pinggir Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.Babun itu yang merupakan sejenis beruk besar dilihat mengendong seekor anaknya semasa dia melarikan barang dari kereta milik Hendrik Raven.

Raven hanya memerhatikan gelagat babun itu tanpa melakukan sebarang tindak balas.Babun itu melarikan makanan dan beg yang terdapat dalam kereta tersebut.Sejumlah pekerja diupah sebagai pemantau babun bagi menghalang haiwan berkenaan memasuki kereta, rumah dan menyelongkar tong sampah.

Kumpulan pekerja itu menghabiskan masa dengan mengikuti pergerakan haiwan berkenaan di Semenanjung Cape untuk memastikan babun tidak berkelakuan tidak menyenangkan.Para pelancong juga dinasihatkan supaya tidak memberikan makanan kepada haiwan itu.Babun merupakan spesies yang dilindungi oleh undang-undang Afrika Selatan tetapi sikap haiwan itu yang mencari makan telah mencetuskan konflik dengan penduduk. - Agensi 

Sumber: Kosmo Online
P/S: Teringin nak peluk harimau atau beruang.. Weee


0 Komentar untuk "Babun Curi Barang"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top