You don’t have to be big. You have to be remarkable

Lapangan Terbang Angkasa Pertama Di Dunia

Salam Semua...
Kembali lagi dalam Santai Info Dunia yang penuh dengan pelbagai kisah dari segenap pelusuk dunia. Hari ni pasal Lapangan Terbang Angkasa Pertama Di Dunia. At first aku da fikir macam mane buat Lapangan Terbang Angkasa kt atas sana (sound stupid rite- abaikan). Bile da baca barulah faham... Pity me :P

KAPAL induk White Knight TWO yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang Spaceport di New Mexico kelmarin

UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson (gambar kecil) dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.

Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.

Menurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi. - Agensi

Sumber: Kosmo Online
P/S: Boleh jadi destinasi Bulan Madu jugak tu.. Berapa lama la naik atas nk turun balik?

0 Comment for "Lapangan Terbang Angkasa Pertama Di Dunia"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top