You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pintu Neraka di Turkmenistan?


Salam Semua...


Pintu Neraka Turkmenistan merupakan salah satu tempat pelik yang dikenalpasti di dunia. Kali ni aku nak share apa yg aku baca cuz sharing is caring. Tak kisah la kalau ada orang lain yang telah share pasal benda ni pun kan. Ilmu perlu dikongsi bukan simpan sorang-sorang (mcm time exam ada soalan spot je masing-masing kedekut nk gtau sbb takut orang lain lebih dri die. Grrrrramm)

Kalau sebut je neraka maka terbayanglah api yang marak menyala yang sememangnya panas tak boleh dibayangkan. Kalau api kat dunia ni pun da tak leh tahan apakan lagi api neraka. Keadaan Pintu Neraka yang di temui di Darvaza, Turkmenistan ini merupakan sebuah lubang api yang luas dan lebar dan di katakan lubang api tersebut berukuran lebih kurang dua kali padang bola dengan kedalaman melebihi 30 meter. Ketika pertama kali lubang api itu ditemui pada tahun 1975, ianya tidaklah seluas seperti yang telah diperkatakan.

Sepasukan pencari gali Soviet yang didakwa telah menggerudi ke dalam ruang yang besar yang dipenuhi dengan gas asli yang beracun. Walau bagaimanapun tidak ada keterangan rasmi daripada pihak Soviet berkaitan dengan jumlah mangsa yang terkorban akibat terkena gas beracun. Ahli pasukan telah membuang semua peralatan yang telah digunakan ke dalam lubang sebelum meninggalkan tempat tersebut. 

Bagi mengelakkan daripada gas beracun tersebut tersebar di permukaan langit, mereka memutuskan untuk membakar lubang tersebut. Pada tahun 1975, lubang tersebut telah mengeluarkan api seperti gunung berapi dan masih menyala sehingga hari ini walaupun sudah lebih 35 tahun berlalu. Penduduk tempatan tidak ada yang berani untuk menghampiri tempat berkenaan kerana bahang api yang sangat panas sehingga dapat dirasakan walaupun berada beberapa ratus meter daripada tempat itu sehingga di namakan "Pintu Neraka"

Sehingga hari ini masih belum ada penjelasan mengenai "lubang api" tersebut beserta ukurannya kerana gas yang keluar daripada perut bumi akan terbakar dan tidak padam walaupun terkena hujan. Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah "pintu neraka" itu ukurannya melebar atau stabil karena gas yang keluar dari perut bumi itu langsung terbakar. Walau terkena hujan pun, apinya tidak mati.

Namun begitu, satu lagi sumber mendakwa bahawa ia adalah satu fenomena yang keseluruhannya asli. Wallahu'alam. Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Berkuasa atas segala-galaNya.

Sumber: Suara Media dan Aquiziam

P/S: Masih banyak benda yang belum aku tahu...


0 Comment for "Pintu Neraka di Turkmenistan?"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top