Assalamualaikum
Da baca Kosmo hari ni mengenai PM kite buka Facebook bahasa Cina?? Kalau nk follow klik http://www.facebook.com/myAhJibGor . (tak tahu la ni yg betul or palsu but aku check mcm betul jer)
  
KUALA LUMPUR - Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baharu dan nama beliau ialah 'Ah Jib Gor'.Ia merupakan facebook baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati  masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.
Ah Jib Gor yang bermaksud 'Abang Najib' dalam bahasa Cina, diwujudkan  untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk  mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai  Perdana Menteri semata-mata.
"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online kelmarin (Isnin). Ini akan  menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada  beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga  bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam  berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata Setiausaha  Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee.
Beliau berkata, Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan  politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang  tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook  berminat dengan politik.
Sumber: Kosmo Online
P/S: Amacam?? Korang ada dlm bahasa cina?

0 Comment for "Facebook Abg Najib?"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)