Assalamualaikum...
Ayam Kukus Halia Dan Stir Fry Sawi | Hari ni masak kue teaw goreng untuk Naura bawa bekal. Kalau bawa makanan fave dia inshaAllah habis. Kalau bawa nasi kadang tak sentuh. Lepas tu cakap tak sempat makan. Sabar je la.
Lepas hantar Naura, Aqeel dan Aryan tidur, boleh la buat kerja sambil fikir nak masak apa untuk mama. Sekarang banyak benda mama dah tak boleh makan. Jadi memang kena betul betul tengok apa yang boleh dan tak boleh untuk orang yang ada kanser. Dalam peti ada ayam je dan sayur pun tak de.
![]() |
| Dapat juga aku guna lunch box yang Naura tak boleh guna ni. |
![]() |
| Nampak oily tu sebab minyak bijan. |
![]() |
| Tawar hebe tapi ni yang sedap. Pair la dengan lauk yang ada rasa. |
Sawi, lobak merah dan tauhu ni aku singgah kedai runcit petang tadi beli. Aku tumis kosong dengan bawang putih lepas tu letak sikit air. No perasa at all 😂. Harap mama boleh makan la buat berbuka tadi. Aku dah bagitau tak de rasa mana ni masakan aku masak. Esok mama ada mammogram dan scan. Hopefully semua akan baik baik sahaja. Semoga Allah permudahkan segala urusan mama dan beri kesembuhan untuk mama. Aamiin ..




0 Comment for "Ayam Kukus Halia Dan Stir Fry Sawi"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)