Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

It's Confirmed

 Assalamualaikum... 

It's Confirmed | Cancer ! Yes, it's confirmed. Ingat tak last week aku ada bagitau mama kena buat mammogram dan biopsi. Semalam mama bagitau doktor call nak jumpa hari ni. Result dah keluar. Sepatutnya tarikh appointment bulan dua nanti. Lurviey dah tak senang hati sebab doktor awalkan tarikh appointment. Something fishy 🤔.  Mana ada doktor nak awalkan tarikh kecuali ada benda yang urgent.

Sebelum hantar Naura ke SK tadi, Lurviey call adik dia tanya pasal mama. Then adik ipar bagitau memang kanser tapi belum tahu lagi stage berapa. Next week nak kena buat buat mammogram untuk lihat lagi saiz ketulan etc. Lepas tu akan start dengan kimoterapi sebelum proceed operation. Doakan please untuk mama kami ! 

So many things were left unsaid

Aku sekarang dalam keadaan "undefined emotion". Sumpah aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang, macam mana aku nak react. Kaku ! 

Tag : emovere
0 Comment for "It's Confirmed "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top