You don’t have to be big. You have to be remarkable

Muidin Di Tuduh Bunuh Dirang

Assalamualaikum

Rentetan kes pembunuhan Dirang..


JOHOR BAHRU – Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dipanggil Dirang yang dicekik sebelum mayatnya dibakar penjenayah pada awal bulan ini memasuki episod baharu apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Buruh binaan, Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11 pagi dan 7 malam 1 Mac lalu iaitu pada hari yang sama Dirang dilaporkan hilang ketika pergi membeli mi segera dan telur.

Muidin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.

Mohd. Isa menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. Kosmo! sebelum ini melaporkan Dirang hilang dipercayai diculik pada 1 Mac lalu ketika keluar ke sebuah kedai runcit di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Polis kemudian menahan empat individu termasuk bapa Dirang dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes tersebut. Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, Hendry Yondot, 30-an, dibebaskan selepas siasatan mendapati dia tidak terlibat.

P/S: Almost Done!!

1 Comment for "Muidin Di Tuduh Bunuh Dirang"

yup almost done.. moga bhgia dirang d sna amin..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top