Assalamualaikum ....
Hari Pertama Persekolahan Naura | Sukar nak gambarkan keadaan hari ini. Pagi tak perlu nak hadap jem sebab KAFA Naura belakang rumah je. Jam 7.30 Daddy hantar Naura. Di sebabkan tak boleh tunggu, jadi mommy tak pergi hantar sekali. So mommy boleh masak untuk lunch.
![]() |
| Dah besar Kakak. Pejam celik dah sekolah dah. |
Daddy sempat ambil gambar Naura kat dalam kelas KAFA jadi adalah kenangan. Pagi ni buat breakfast simple sebab Naura request nak bawa bekal sandwich telur. So easy peasy untuk mommy siapkan !
Jam 10.50 Daddy pergi pick up Naura balik boleh la rehat sekejap sebelum ke SK. Untuk bekal SK mommy buat nasi goreng dengan scrambled egg sahaja.
![]() |
| Rasa nak nangis pulak mommy. |
Perjalanan ke SK yang memang betul betul mencabar. Mana taknya jem teruk. Lurviey memang drop je sebab tak de parking. Dan aku hantar Naura ke dewan lepas tu berbaris untuk ambil buku teks. Lepas tu jenguk jap dia kay dewan bagitau mommy balik dulu sebab cikgu dah bagitau parent tak boleh tunggu. Tapi ada je yang tunggu. Sebab tadi dengar pengetua bagitau hari ni je bagi peluang untuk parent ajar anak berbelanja kat kantin.
![]() |
| Tunggu fail sampai baru boleh asingkan ikut subjek |
Balik rumah sambung check buku teks yang dapat. Alhamdulillah semua ok kecuali satu buku sahaja yang agak teruk. Tunggu respon daripada penyelaran SPBT dulu. Harap boleh tukar jika ada. Sebab takut tak sampai sebulan lunyai buku tu. Buku aktiviti pun dah dapat tapi tak dapat nak balut lagi sebab kelas belum tahu lagi. Sepanjang minggu transisi ni kelas sementara sahaja.
Hari yang agak memenatkan tapi syukur Naura happy dan ok je bila tanya dia best tak sekolah budak besar ni. Lepas maghrib sambung kelas mengaji pula kat surau. Barai juga gayanya Naura tu. Katanya penat.
Ingatkan balik dari mengaji nak tidur, rupanya sambung buat kerja, lepas tu belek belek buku teks. Tak penat ke? Mommy dah barai ni... Sok nak masak apa eh? 🤔




0 Comment for "Hari Pertama Persekolahan Naura"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)