Assalamualaikum...
Lebih Tenang | Alhamdulillah hari ni hari yang tenang. Permulaan hari ni dengan memikirkan nak masak apa untuk bekal Naura. Semalam dah plan nak masak bihun goreng. Pagi tadi Naura bagitau " Ya rasa Ya tak nak mihun goreng. Mi Ok 👌🏻. Mi ada tak? " . Mi tak de, kena beli dulu 😀.
![]() |
| Merangkak 'blogwalking' siang tadi.. |
Lepas Naura dah pergi KAFA, Lurviey ajak pusing taman ambil angin pagi. Kebetulan Aqeel pun dah bangun. Jadi pusing taman taman perumahan kat sekitar sini sampai ke Kg Padang Balang sebab nak tunggu kedai runcit buka nak beli mi nak buat mi goreng.
![]() |
| Mi goreng kantin sekolah tanpa sayur tapi banyak fishcakes 😀 Menambah nambah Naura & Aryan makan |
Hari ni lebih tenang jalan nak hantar Naura sekolah pun tak seteruk semalam. Mungkin semalam hari pertama persekolahan. Tapi hari ni pergi awal dan Naura masuk sekolah pun awal hari ni. Sekolah dua sesi memang memeningkan sikit. Parent sesi petang nak hantar anak, parent sesi pagi nak pick up anak dalam masa yang sama memang jem teruk la.
Syukur juga KAFA Naura kat belakang rumah je. SK Naura ada KAFA juga tapi dah penuh dan masa aku register tanya kekosongan tu pun memang syukur rahmat sangatlah ada tempat untuk Naura. Alhamdulillah. Nikmati je lah ye sekarang✌🏻.
Esok Naura request Kue Teaw goreng. Senang sikit bila dia sendiri yang request. Tak pening nak fikir. Mommy masak je. Janji dia makan. Bekal KAFA esok dia nak roti sosej gulung dengan breadcrumbs tu je.



0 Comment for "Lebih Tenang"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)