Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Aktiviti Pagi Minggu

 Assalamualaikum .. 

Aktiviti Pagi Minggu | Pagi minggu yang santai. Mommy tak boleh bergerak ke dapur lagi selagi Aqeel belum tidur lagi. Daddy pagi lagi dah keluar.

Makin bagus skill mewarna Aryan

Aryan mewarna buku yang mommy beli kat Eco Shop semalam. Cara pegang pensil tu masih belum dapat ubah. 
Kena 'paksa' 

Naura mommy suruh buat matematik. Bila suruh buat tolak je mesti dia bagi alasan penat, malas. Tunggu la homework dari sekolah nanti. 

Tukang 'mengemas'

Aqeel tolong mommy kemas bakul mainan. Aqeel ni kalau duduk biasa dia tak pandai dan nak terlentang tapi duduk dalam keadaan kaki W ni lagi stabil. Pening jap kepala sebab kakak dan abang dulu tak de duduk macam ni. 

Chillex walaupun kerja masih banyak tak siap

Mommy melayan "A Good Doctor" series. Best juga. Baru tengok season 3. Lagi banyak tengok lagi risau, takut, paranoid macam macam perasaan ada. 

Rezeki lagi..

Lepas tu nenek singgah bagi biskut untuk Naura dan Aryan. Siap beli sorang satu supaya tak bergaduh. Alhamdulillah..

Petang jap lagi nak settle lencana Naura pula. 



Tag : emovere
0 Comment for "Aktiviti Pagi Minggu "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top