You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kanak-kanak dua tahun hilang ditemui lemas

Assalamualaikum

Gmbr: Kredit to Suria FM Pages

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. 

"Pada kejadian, kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. – BERNAMA

Sumber: Kosmo Online

P/S: Byk nye kes budak malang lately ni 
2 Comment for "Kanak-kanak dua tahun hilang ditemui lemas"

sedih la terkenang kan smua ni ...

Chenta pelek ...

adoh.. mcm2 skrg ni mlbtkn knk2.. hurm..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top