Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sandwich Telur Untuk Jamuan Sekolah Naura

 Assalamualaikum.... 

Sandwich Telur Untuk Jamuan Sekolah Naura | Hari Isnin Naura balik sekolah terus bagitau hari Rabu ada makan makan kat sekolah. 

  • Naura: Kita bawa apa mommy
  • Mommy: Kita bawa cawan je
  • Naura: Hah, cawan je. Mana cukup. Cawan rumah kita sikit je. Bawa la makanan mommy. 
  • Mommy: Cawan tu la. Ustaz dah bagitau bawa 80 cawan. Kita buat sandwich telur je la. 
  • Naura : Ok mommy. Ya suka sandwich telur. Terima kasih mommy. 

Try kopi wanda sebab BIL beli banyak pek bawa balik London .

Lepas solat subuh aku kejutkan Naura tanya nak tolong tak kupas kulit telur. Nak!! Sebelum buat sandwich haruslah kopi dulu. Terasa sejuk, jadi minum kopi panas sikit. 

Buka Netflix tapi tak tengok pun

Dah siap bahan utamanya. Telur rebus enam biji (aku rebus jam 1 pagi sebelum tidur) dan sebuku roti gardenia. 

Sandwich telur simple tanpa salad. Mostly, budak tak makan sayur kan? Termasuk anak aku! 

Aku potong bentuk empat segi sebab bekas tak muat. Mulanya nak potong tiga segi. Lupa nak beli kotak kat Rakan semalam. 

Tak tahu la jap lagi tudung tu jadi macam mana.

Naura dah siap nak ke sekolah. Plan nak pakai baju lain, tapi bila nak sarung baju tu susah nak masuk tangan. Dah la baju tu tak pernah pakai. Rasanya silap jahitan kat bahagian ketiak kot. Tudung tu mommy dah pesan jangan sibuk nak pegang pegang nanti jadi tudung makcik. Marah dia aku cakap tudung makcik 🤣.

Sedih pula baca kat whatsapp group cikgu Rus pesan harap anak anak 6 tahun dapat hadir sebab ni jamuan terakhir dorang. Tahun depan semua dah bawa haluan masing masing kat sekolah lain. 

P/S : Nak settle dapatkan cop penghulu pula hari ni. 

Tag : nanieydom
0 Comment for "Sandwich Telur Untuk Jamuan Sekolah Naura"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top