Assalamualaikum ..
AbangMad Kitchen Kampung Padang Balang | Malam kelmarin Lurviey bawa datang makan kat sini dan katanya kedai ni baru je buka dan Lurviey tau pun sebab member ajak melepak kat sini lepas balik surau. Sampai ke sini eh korang ...
![]() |
| Tomyam & Western |
Kalau yang suka makanan thai boleh datang cuba di AbangMad Kitchen sebab tukang masak memang dari Thailand. Sempat Lurviey borak dengan tukang masak dan bagi pujian masakan kat tukang masak tu.
![]() |
| Rasa vibe kampung 🥰 |
Suasana waktu malam yang sangat menenangkan. Yang tak tenang hati aku, Naura dan Aryan tak reti duk diam #makkauhijau . Kalau datang sini naik kereta korang kena parking kat bawah sebab jalan kampung kecil sukar sikit nak parking. Boleh tanya orang orang AbangMad nanti.
![]() |
| Bubur ayam |
Malam pertama datang kat sini, aku order bubur nasi sebab mulanya nak makan ala carte je. Jadi order la bubur nasi tak nak cili untuk Naura dan Aryan. Bubur Ayam RM6. Rasanya kalau cukup bahan pelengkap mesti sedap tapi sebab aku request untuk anak jadi rasanya kurang sikit sebab tak de cili. Last aku juga kena habiskan.
![]() |
| Tomyam Putih Campur |
Kami order tomyam putih sebab selalu sangat order tomyam merah. Nak rasa yang lain pula sebab kebetulan kat sini memang ada menu tomyam putih. Rasanya sedap dan cukup masam dan kurang pedas. Udang pun besar, ada sotong dan ayam. (memang sifat tomyam putih kurang pedas kan? Nak pedas kena order tomyam merah)
![]() |
| Ayam goreng kunyit |
Naura dan Aryan nak makan nasi juga jadi kena ada lauk kebangsaan dorang. Ayam goreng kunyit ! Sedap dan besar potongannya. Sesetengah kedai yang aku pergi kecil kecil potongannya lepas tu bila goreng, dan jadi kecut dan tak puas nak makan.
![]() |
| Kangkung goreng belacan |
Kangkung goreng belacan ! Yang ni sedap dan cukup rasa dan sifat kangkung goreng belacan. Makan dengan nasi putih je pun dah sedap sangat.
![]() |
| Teh O Ais |
Untuk air pula aku memang jarang order air manis sejuk kat kedai untuk anak anak aku sebab tekak dorang sensitif. Kalau dapat ice yang kurang bersih memang demam tonsil la. Jadi air suam je untuk dorang. Air teh ni pun untuk Lurviey. Rasanya teh thai sebab terasa 'thailand' tu. Korang faham kan ada beza rasa thai tea dengan teh kita 😂.
![]() |
| Kami datang lagi.... |
Petang semalam kami datang makan lagi dan ambil menu yang sama tanpa bubur ayam. Total RM33 sahaja. Lurviey cakap nanti nak try nasi Khomok dia. Pulut mangga dia pun nampak sedap. Tengok la nanti. Minggu ni memenatkan otak dan perasaan. Tak sempat nak blogwalking semalam.
P/S : Hari ni Selangor cuti. Boleh chillex. Naura sekolah sebab Pasti dia kat KL. Hehe .
Tag :
jalan-jalan cari makan









0 Comment for "AbangMad Kitchen Kampung Padang Balang"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)