Special Offer

Author

Air Tulang Belakang

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pernah dengar pasal doktor nak ambil air tulang belakang baby? Saya selalu dengar masa kecik-kecik dulu with zero knowledge about these. Tapi orang tua, selalu ckp jangan bagi doktor ambil air tulang belakang, nanti anak boleh jadi cacat. Just now dengar kat radio pasal anak seorang pemanggil ni kena ambil air tulang belakang. Lantas tangan pun ringan mencari info tentang air tulang belakang.


SALAH satu punca mengapa sebahagian besar perubatan moden gagal memberi rawatan yang tepat kepada pesakit ialah kerana terlalu banyak mitos atau kepercayaan karut dikaitkan dengan penyakit. Pengambilan air tulang belakang atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai lumbar puncture (LP) ialah antara kaedah mendiagnos penyakit yang mengundang banyak kontroversi.

Pakar Perunding Kanan Neurologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali berkata, ramai yang beranggapan prosedur LP boleh menyebabkan seseorang pesakit itu mengalami kelumpuhan.

Menurut beliau, selain kelumpuhan, sebahagian besar masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan bahawa pengambilan air tulang belakang boleh menyebabkan mati pucuk. Sebenarnya kesemua kepercayaan ini tidak berasas dan tidak mempunyai bukti kukuh,'' katanya.

Hakikatnya, LP ialah satu prosedur yang selamat, memiliki keistimewaan tersendiri, tidak mempunyai komplikasi dan telah menjadi amalan perubatan sejak berabad-abad lamanya. LP merupakan sejenis ujian penyakit saraf yang dilakukan untuk menganalisis cecair serebrospina secara terperinci.Kaedah yang selamat ini telah diguna pakai sejak tahun 1920-an dalam dunia perubatan.

Menurut Prof. Raymond, LP sebenarnya jauh lebih ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan prosedur asalnya, iaitu dengan menebuk tempurung otak. Setiap hari, sebanyak 500cc cecair serebrospina dihasilkan oleh seseorang manusia. Cecair serebrospina ialah cecair yang mengalir dalam saraf tunjang dan otak. Ia terletak antara ruang membran dalam vertebra dan tengkorak.

Ia juga bertindak sebagai kusyen pada saraf tunjang. Aliran cecair mengalir di antara saraf tunjang dan kepala.Cecair ini mengandungi zat-zat makanan yang terdapat dalam darah dan ia berfungsi mengumuhkan bahan-bahan buangan metabolik dari tubuh.Cecair serebrospina yang normal tidak berbau, tidak dijangkiti kuman, berwarna jernih dan agak likat sedikit daripada air.

Bagaimanapun, menurut Prof. Raymond, jika cecair serebrospina yang dikeluarkan melalui prosedur LP ini berwarna pekat daripada biasa, tekanan cecair ini akan disukat.Cecair yang dijangkiti kuman akan keruh, lebih pekat, bertekanan tinggi dan ada kalanya berbau kerana terdapat nanah,'' katanya.

Prof. Raymond menjelaskan, istilah mengambil air tulang belakang seperti yang diguna pakai oleh sebahagian besar masyarakat Melayu sebenarnya tidak tepat. Istilah ini kerap dianggap oleh kebanyakan orang sebagai satu kaedah mencucuk tulang belakang dan mengambil air dari dalam tulang.

Hakikatnya LP langsung tidak mencucuk tulang untuk mengambil cecair serebospina. Sebaliknya, jarum tersebut dicucuk di antara tulang-tulang yang terdapat pada tulang belakang ke dalam satu ruang cecair yang terletak jauh dari saraf tunjang,'' jelas beliau.

Menurut beliau, pengambilan air tulang belakang yang lebih tepat ialah pengambilan sumsum tulang yang dapat membantu menangani masalah leukemia.Namun, beliau tidak menafikan terdapat kes di mana pesakit menjadi lumpuh selepas LP dilakukan. Kejadian itu berlaku bukanlah kerana prosedur itu sendiri, sebaliknya disebabkan oleh penyakit terbabit. Ini kerana risiko LP terlalu rendah dan ia adalah 100 peratus selamat,'' ujarnya.

LP, kata Prof. Raymond, boleh diaplikasikan kepada semua peringkat umur daripada kanak-kanak, remaja hingga orang dewasa.Biasanya LP digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar meningitis (radang selaput otak).Selagi doktor tidak memperoleh punca sebenar meningitis, selagi itulah doktor hanya memberi pesakit antibiotik empirikal (percubaan).Bagaimanapun, antibiotik ini diberi hanya untuk sementara ketika menunggu keputusan ujian yang sebenar,'' katanya.

Menurut Prof. Raymond, adalah satu perbuatan yang salah dari segi etika perubatan memberi pesakit apa juga jenis ubat tanpa mengetahui punca penyakit yang dihidapi.Selain kesan sampingan yang berbahaya pada diri pesakit, ia turut menyalahi etika perubatan. Kosnya juga tinggi,'' ujarnya.

Halangan-halangan pembedahan LP
Meskipun LP merupakan kaedah yang paling popular dan mudah dilakukan untuk mendiagnos sesuatu jenis penyakit, namun dalam keadaan-keadaan tertentu prosedur ini tidak akan dilakukan. Walaupun ada pesakit mendesak doktor supaya melakukan LP untuk mengetahui punca penyakit yang mereka hidapi, LP tidak akan dilakukan jika:

  • Terdapat ketumbuhan besar dalam otak
Mereka yang disahkan mempunyai ketumbuhan yang besar dalam otak tidak boleh menjalani prosedur ini.Ini kerana kedudukan pangkal otak akan menurun melalui lubang dalam tempurung otak semasa prosedur ini dilakukan.Apabila pangkal otak menurun ke dalam tempurung otak, ia boleh menghimpit pangkal otak dan menyebabkan sistem pernafasan berhenti
  • Pendarahan dalam otak yang ketara
  • Otak yang bernanah (cerebral abscess)
  • Ada jangkitan pada bahagian kulit belakang yang dicucuk.
Sehubungan itu, bagi memastikan keadaan pesakit selamat, doktor akan melakukan CT Scan untuk mengesahkan tiada ketumbuhan dalam otak.Tanda-tanda seperti kelumpuhan atau sawan ialah antara gejala yang berlaku akibat ketumbuhan dalam otak.

Tujuan pengambilan air tulang belakang
Pengambilan air tulang belakang bertujuan untuk mendiagnos:
  •  Penyakit meningitis (radang selaput otak)
  •  Encephalitis
Penghidap penyakit ini wajib melakukan ujian LP untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya penyakit tersebut

Sistemic Lupus Erythematosus (SLE)

Tekanan cecair otak terlalu tinggi yang bukan disebabkan jangkitan atau Benign Intracranial Hypertension (BIH)

BIH yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan pesakit hilang penglihatan. Sesetengah pesakit mengalami penyakit saraf periferal (periferal neuropathy).

Tekanan cecair otak normal tetapi ventrikel otak kembang atau normal pressure hydrocephalus.

Bahaya penyakit ini jika dibiarkan tanpa rawatan ialah ia boleh menyebabkan individu terbabit nyanyuk, hilang kawalan kencing (incontinence) dan gait disturbance iaitu sejenis masalah keseimbangan ketika berjalan.

Prosedur LP

Sebelum prosedur LP dilakukan, doktor akan:
  • Memberi penjelasan kepada keluarga
  • Mendapatkan kebenaran. Di sesetengah negara, prosedur ini tidak memerlukan kebenaran kerana ia diperakui selamat sejak dahulu lagi.
  • Kedudukan pesakit - pesakit perlu berada dalam kedudukan mengiring dan membongkokkan badan hingga muka bertemu dengan lutut seperti udang.
Ini bagi membolehkan ruang antara tulang belakang terbuka. Ia juga bagi memudahkan jarum masuk ke ruang cecair sekali gus mengelakkan jarum tercucuk pada tulang atau saraf.

Doktor akan mengenal pasti tempat untuk mencari ruang iaitu antara dua vertebra L4 dan L5.

Bahagian ini ialah bahagian yang paling selamat.

Bahagian yang akan disuntik dicuci dengan iodin supaya proses pengambilan cecair ini bebas daripada kuman.

Prosedur yang secara puratanya mengambil masa hanya 10 minit itu akan dilakukan di wad. Pesakit tidak perlu dimasukkan ke bilik pembedahan.

Pesakit akan dibius setempat sebelum prosedur ini dilakukan.

Cecair serebrospina yang telah diperoleh akan ditakung dalam beberapa tabung uji yang kecil. Kesemua contoh cecair ini akan dibawa ke makmal mikrobiologi dan biokimia untuk mengesan jenis bakteria yang terdapat di dalamnya dan kandungan cecair .

Ujian ini akan dilakukan seberapa segera iaitu dalam tempoh satu jam.

Kesan selepas prosedur
  • Pesakit perlu baring terlentang sekurang-kurangnya selama enam jam bagi membolehkan lubang yang terbuka tertutup semula
  • Prosedur ini akan menyebabkan tekanan darah rendah buat sementara waktu
  • Individu yang terus bangun dan berjalan selepas LP akan berasa pening atau ditimpa sakit kepala yang berat atau pengsan
  • Individu terbabit dinasihatkan supaya minum air dengan banyak.
Rawatan
  • Rawatan pesakit akan ditentukan berdasarkan hasil keputusan ujian cecair terbabit.
  • Biasanya ujian meningitis akan mengesahkan keputusan 100 peratus, manakala encephalitis kurang daripada 70 peratus.

Sumber: Utusan

Katarsis: Hari ni baru tahu pasal ni. Adehh.. Selama ni belajar pasal otak tapi tak pernah tahu pasal cecair serebrospina.Tu la pentingnya membaca.. Dpt tahu satu benda baru ari ni. Harap kalian baca dari atas sampai bawah.. Kadang ada orang langsung tak nak amik tahu dan tak kisah pun benda ni.. Yg di kisahkan pasal 'kain orang'. Tak pekdah pun.. Sebut pasal leukimia, teringat kat kawan masa sekolah rendah. Arwah Haryana yang menghidap leukimia meninggal tahun 2009.Terkilan jugak sbb tak sempat jumpa arwahand langsung tak tahu arwah ada kat Selangor. Ingatkan arwah kat Pahang.  Al-Fatihah..

Jazakallah Khairan.


P/S: Terjah kalian petang nanti.. :)
22 Komentar untuk "Air Tulang Belakang"

mcm nani juga selalu dengar mitos kononnya ambil air tulang sum sum ni boleh buat cacat...huhu...AL-fatihah juga buat Arwah Haryana

kiranya mitos2 org2 lama mmg xde kena mengena dengan pengambilan air tulang belakang ni kan..

tapi mcm manalah org dulu2 boleh buat mitos sebegitu.pelikkan..!

cara pengambilan air tulang belakang ni, mcm sakit je dengar...

jarum di cucuk antara tulang2...adehh..seriau baca..!

pernah dgr org ckp ambil air tulang belakang ni utk diagnos penyakit2 yg kritikal. baru tau pasal penyakit BIH tu.

salam....

saya sendiri pernah menjalani proses ni....tak sedar sakit atau x sbb body lumpuh sementara disebabkan low potassium... & proses ni dijalankan ketika saya dlm ICU.....dr nk tahu apa yg menyebabkan saya diserang sawan.....haish....kalau nk cerita, sampai esk pun tak habis....anyway, proses ni selamat & x menyebabkan lumpuh....

Salam kunjung nani….kak intan penah dengan pasal mitos ni..tapi masa kak intan dgn magazine dulu, better kalau kita bersalin, kita bagi pada bank darah cord blood anak kita..banyak kegunaannya…kak intan pernah tulis artikel pasal ini. boleh rujuk juga di http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/517-darah-tali-pusat.html

Ehh ape tujuan org2 dulu buat mitos mcm tu...haihhh..sama mcm nur..seriau lak bab cara nk amek air tulang blkg tu..huhuhu

kalau dulu2 org kata, ambik air tulang belakang tu, tak lama dah nak hidup..bagus entry ni..tq 4 sharing

Bagusnya info ni Nanie... Pernah gak dengaq pasai ayaq tulaq blakang ni..tapi tak berapa faham sgt

secara tetiba lemah semangat bila dengar bab penyakit :( macam-macam mitos tentang ambik air tulang belakang. tak tahu mana satu nak percaya. nice entry nani :)

kawan sy pernah cerita pengalaman dy kene cucuk ni. cia kata sakit

anak bongsu KA dulu pun hampir di ambil air sumsum tulang sbb ITP. seb baik x jd. But mmg byk kes juga yg alami masalah & Kelumpuhan selepas prosedur ini dibuat. Sbb itu rami parents yg x mahu air sumsum tulang anak mereka diambil !.. TQ share info yg bagus ni ye

sll dgr kta bahaya kan..rupanya mitos saja..huhu

husna x pernah dgr jgak psal air tulang blakang nih..baru tahu hari nih..=)

Info yg bmanfaat.sakitnya amik air 2lng blakg2..memg plu byk baca.mitos adaje mana2

akak dgr kalu ambil air tulang belakang ni bahaya...blh bw kesan seumur hidup

dya belajar pekara baru hari ini..dya baru tahu pasal tulang blkg ni..thanks ye nani sudi kongsikan pasal info..tak sangka tu cuma mitos je

Tq for the info.. Saya baru di jelaskan dengan doc tentang ni.. Takut jugak bila dgr doc nk amik air tulang blkg bby usia 16days.. Saya cuma berserag pada Allah.. Semoga dipermudahkan segalanya...

Tq for the info.. Saya baru di jelaskan dengan doc tentang ni.. Takut jugak bila dgr doc nk amik air tulang blkg bby usia 16days.. Saya cuma berserag pada Allah.. Semoga dipermudahkan segalanya...

Ade yg menyatakn air tulang belakang ngan air tulang sumsum berbeza...cecair tulang sumsum berada di punggung...confius ni...

Ade yg menyatakn air tulang belakang dan sumsum berbeza...confius...

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top