You don’t have to be big. You have to be remarkable

Khasiat Buah Naga

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Da lama rasanye tak bercerita tentang khasiat buah/sayur kan? Hari ni saya nk kongsi khasiat buah naga. Mungkin ada yang sudah tahu and mungkin juga ada orang yang tak pernah ambil tahu. Kalian jenis yang mana satu? Ambil tahu/peduli tak dengan apa yang kalian makan? Tahu tak apa khasiat yang terkandung dalam makanan yang kalian makan?


Antara manfaat dan khasiat yang terdapat dalam buah naga adalah:
  • Buah naga dapat meningkatkan sistem imun badan. Buah naga kaya dengan vitamin C dan serat yang dapat membantu badan untuk sihat secara keseluruhan. 
  • Buah naga membantu sistem penghadaman kerana ianya kaya dengan serat. Oleh itu ianya akan memudahkan proses percernaan makanan. Kajian juga mencadangkan bahawa buah naga menggalakkan pertumbuhan probiotik. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada hati dengan mencegah jangkitan saluran kencing (UTI).
  • Buah naga membantu untuk merendahkan paras glukosa darah bagi diabetes jenis 2 . Kajian juga menunjukkan bahawa glukosa yang ditemui di dalam buah naga membantu mengawal tahap gula dalam darah untuk pesakit kencing manis.
  • Buah naga dapat mencegah pembentukan kanser. Buah naga kaya dengan mineral dan serat yang membantu dalam penghadaman, membersihkan bahan toksik dan sekaligus mencegah berlakunya kanser kolon.
  • Kandungan vitamin B1 yang terdapat di dalam buah naga dapat membantu badan untuk menjana lebih banyak tenaga.
  • Buah naga adalah perangsang selera semula jadi kerana ia mengandungi vitamin B12. Ia bagus untuk mereka yang hilang selera makan dan baru pulih dari penyakit. 
  • Buah naga mempunyai kandungan mineral yang tinggi, fosforus dan kalsium. Kalsium bertanggungjawab untuk mengukuhkan tulang, gigi dan penghasilan sel-sel badan yang besar. Fosforus pula menggalakkan pembentukan tisu.
  • Buah naga juga bertindak sebagai anti-oksida. Tahap vitamin C yang tinggi, mineral dan pytoalbumin di dalam buah naga di anggap relevan untuk melawan radikal bebas dan ianya terkandung sifat-sifat anti oksida.  
  • Buah naga membantu untuk mengawal tahap kolestrol. Buah naga juga kaya dengan flavanoid yang diketahui mempunyai kesan yang baik untuk melawan penyakit berkaitan cardio (cardio related disease)
  • Buah naga dapat meningkatkan daya penglihatan kerana mengandungi karotena yang membantu untuk mengekalkan dan memperbaiki penglihatan. Those yang tak suka makan carrot boleh gantikan dengan buah naga. 
  • Buah naga dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Hal ini kerana, buah naga dapat menormalkan tahap hipertensi badan. Ianya baik untuk orang yang berkecenderungan untuk mendapat stroke.
  • Pengambilan buah naga dengan kerap dapat mengurangkan berat badan dan membentuk badan yang seimbang.
  • Batuk dan asma mengganggu saluran pernafasan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan buah naga dapat membantu untuk mengurangkan masalah ini.
  • Buah naga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah berat badan. Protein juga merupakan bahan penting untuk menghasilkan hormon, enzim dan bahan kimia dalam badan. 
  • Buah naga mempunyai kandungan lemak yang rendah. Terdapat banyak biji hitam kecil di bahagian isi buah naga. Benih tersebut mengandungi sejumlah kecik lemak tetapi kebanyakannya adalah  lemak tak tepu. Lemak tak tepu bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kolestrol baik dan membuang kolestrol yang tidak baik daripada badan kita.

Sumber: Health web

Katarsis: Oh my... banyak kan khasiat buah naga?? So pergi la terjah market cari buah naga.. Nak beli borong pergi ke ladang terus. Wuhuuu... Kalau makan buah naga ni lagi meningkat la metabolisme iolss kan? Dalam list ada 20++ khasiat lagi. Ada masa saya settlekan okeh? 

Di sebabkan saya punye menu tabs ada probs so saya letak alkisah khasiat kat bawah ni. Jemput tambah ilmu semua.. Free je..

Khasiat: Lada Benggala
Khasiat: Brokoli
Khasiat: Saderi
Khasiat: Ubi Keledek
Khasiat: Kismis
Khasiat: Pisang Kaki (Persimmon)


P/S: Kaki iolss sangap nak buat exercise leg extension. =( tapi apakan daya...
P/S/S: Utk blog dot my saya masih tak boleh terjah. Nnti da ok saya terjah ok :)

15 Comment for "Khasiat Buah Naga "

Salam nani..hehe..naseb nani nyer blog leh buka..banyak yg x leh buka yg tukar domain tu..uwaaaa..nani sihat ke dalink? hehe..buah naga satu je kadang2 x ada rasa...:) semalama kak intan beli buah pisang kaki

nur dah lama tak mkn buah naga...bila baca ni teringinlah pulak nak mkn...

bykkan khasiatnya...tapi yg pencernaan tu nur betul2 setuju, ingt lagi mkn buah naga ni, xlama lepas tu rasa nak mbuang... :P

banyak ya khasiat buah naga ni... deno jarang2 makan buah naga ni,

kina x makan buah naga sebab ia nampak pelik nama pom pelik..huhu:)

Tiba2 teringa jus buah naga..
Sedapnyaaaaa..... =D

nani! i'm coming.. dont'u miss me? hihihi..

cikna suka buah naga especially yg kaler putih tu. buat jus pun sedap kan. nyummm.. nani sihat?

betul2..
kat kg Ai ada buah naga ni..boleh buat jus..Naniey nak?hehehe

buah naga qalief suka tau nani....banyak gak khasiat kan buah naga ni

Siyes deqla bab mkn mmg amek peduli jgk apa yg dimkn..tp kalo buah naga ni xtau la deqla x mkn...maybe jarang2 jmpa kot...huhuhu

x dinafikan mmg bnyak khasiat dya..

tp, asal husna x mkn buah naga ek?? 0.o?

Ros memang suka sangat buah naga :)
sampai ada sekali tu merajuk pasal buah naga ni.. hihihi

selamat malam gan ,, saya dengan ibnu dari agen obat herbal di jakarta , saya cuma mau mengajak anda gan untuk bergabung di agen dngan bisnis marketing ,,, kalau minat silahkan hub :
085281575959 ( TELKOMSEL )
087772109875 ( XL Axiata )
085776484430 ( INDOSAT )
083812758287 ( AXIS ) tak perlu modal gan ,, hasilnya lumayan lho !!! tks

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top